Buletin

LUCAS DI GRASSI JUARA FORMULA E MUSIM 2016-17

Lama juga Brader Karrager tidak berkongsi cerita tentang perlumbaan kereta elektrik ini yang telah pun berakhir bagi musim 2016-17. Formula E. Pelumba kelahiran Brazil, Lucas di Grassi berjaya memenangi Juara Dunia Formula E bagi musim ketiga perlumbaannya. Manakala pasukan dari Renault e.dams berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori Pasukan.

BACA : DS VIRGIN RACING DENGAN BARISAN PELUMBA BRITISH BERSEDIA BERSAING DI FORMULA E NEW YORK

BACA : APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG FORMULA E

Kemenangan di Grassi, pelumba berusia 33 tahun yang beraksi bersama Audi Sport ABT sebenarnya agak dramatik juga apabila hanya dipisahkan dengan mata yang agak rapat oleh pemenang tempat kedua keseluruhan yang juga juara bertahan bagi musim sebelumnya, Sebastian Buemi. Grassi dengan mata 181 mata manakala Buemi pula dengan 157 mata.

Ironinya disebalik menduduki tempat kedua, Buemi sebetulnya berjaya enam kali menduduki podium tempat pertama, beliau gagal mempertahankan kejuaraan setelah tidak menyertai dua pusingan di Amerika Syarikat kerana terpaksa beraksi di saingan World Endurance Championship hingga menyebabkan beliau kehilangan mata. di Grassi pula beraksi cemerlang pada salah satu saingan terakhir untuk muncul juara manakala Buemi pula kehilangan banyak mata dalam saingan di Montreal Kanada.

Manakala untuk saingan berpasukan pula, Renauld e.dams mengungguli dengan mata 268 sambil diekori rapat pasukan ABT Schaeffler Audi Sport dengan 248 mata. Tempat ketiga pula menjadi milik Mahindra Racing.

Mengenai di Grassi, beliau memulakan kerjaya perlumbaannya dengan menyertai karting dan berjaya menduduki tempat kelima dalam saingan Formula A World Championship. Pada 2002 pula beliau berjaya muncul tempat kedua dalam saingan Formula Renault di Brazil.

Sekadar sedikit imbasan lalu, kemuncak kerjaya di Grassi sudah tentulah apabila peluang untuk beraksi dalam Formula 1 dengan menduduki tempat duduk sebagai pemandu bagi pasukan Virgin Racing pada tahun 2010. Malangnya kerjaya Formula 1 sebagai pemandu utama sekadar semusim cinta berlalu sahaja. Eceh.

Pada tahun 2011 beliau ditawarkan sebagai pemandu uji bagi Pirelli bagi kegunaan pasukan yang bertanding dalam Formula 1. Jadilah kan, iya tak? Pada 2012 pula beliau ditawarkan untuk menjadi pemandu uji bagi menguji model prototaip jentera Formula E sebelum beliau memilih untuk bersaing terus dalam saingan Formula E pada musim pertama dengan menyertai pasukan Audi.

Oh ya, sebagai makluman tambahan, musim kelima bagi 2017-18 baru sahaja bermula dengan di Grassi masih lagi bersama pasukan Audi akan tetapi sedikit malang kerana gagal beraksi cemerlang pada dua pusingan pertama yang berlangsung di Hong Kong minggu sudah.

Google ads

B K

Back to top button