MAAF BOS – HONDA FORZA 125 INI UNTUK EROPAH

SHARE

Sebelum ini kami ada terbitkan beberapa artikel tentang Honda Forza. Kali terakhir ialah pada penghujung Mac lalu bila mana Forza 300 dipertontonkan sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Bangkok 2018.

Selang beberapa bulan kini timbul lagi berita tentang Honda Forza, kali ini versi 125 cc versi 2018 dan nun jauh di Eropah sana.

Honda Forza 125 direka untuk pelanggan skuter di Eropah yang mahukan sesuatu yang maksimum daripada semua aspek seperti gaya, prestasi dan spesifikasi.

Sememangnya sejak pertama kali diperkenalkan di Eropah pada tahun 2015, skuter ini telah memenuhi ciri-ciri tersebut melalui pelbagai versi keluaran dan buktinya ialah lebih dari 30,000 unit telah terjual.

Honda Forza 300

Di antara keistimewaan Forza 125 ialah ia menawarkan keselesaan sebuah skuter Grand Touring (GT) dan pengendalian sporti serta ruang simpanan yang banyak selain inovasi dan kualiti jenama Honda.

Sekali imbas, Forza 125 mempunyai reka bentuk yang sama dengan Forza 300 kecuali bentuk enjinnya.

Berikut ialah ciri-ciri pada Honda Forza 125 spesifikasi United Kingdom:

  • Warna – Matt Carnelian Red Metallic/Pearl Nightstar Black, Matt Lucent Silver Metallic/Matt Pearl Pacific Blue dan Black/Matt Cynos Grey Metallic
  • Enjin eSP 125 SOHC dengan suntikan bahan api PGM-FI. 11kW@ 8,500rpm dengan tork 12.5Nm @ 8,250rpm. 
  • Pecutan dari 0 – 200m mengambil masa 13.4 saat
  • Selesa untung ditunggang pada kelajuan 90 km/j
  • Tangki minyak 11.5 liter
  • Penggunaan minyak 42.7km/L
  • Berat 162 kg
  • Suspensi depan teleskopik 33 mm. Suspensi belakang berkembar
  • Roda aluminium depan 15 inci dengan tayar 120/70-15 56P. Roda belakang 14 inci dengan tayar 140/70-14 68P
  • Brek cakera tunggal depan berukuran 256mm dan brek belakang 240mm
  • Brek dilengkapi teknologi dua rangkaian (two channel) ABS 
  • Lampu depan dan belakang LED

Honda Forza 150 versi terdahulu

Seperti yang dilaporkan dalam artikel Forza 300, Boon Siew Honda tidak merancang untuk memasarkannya pada tahun ini. Tawaran skuter seperti ini di peringkat global sebenarnya agak meriah.

Begitu juga dengan negara jiran memandangkan skuter mempunyai pelbagai varian dalam satu famili. Contohnya Honda PCX mempunyai varian 125 cc dan 150 cc. Yamaha NMAX juga turut mempunyai varian 125 cc dan 155 cc.

Cuma… di negara kita tawaran skuter seperti ini agak terhad. 

BACA: HONDA VARIO 150 2018 DILANCARKAN DI INDONESIA – INILAH LAWAN SEBENAR YAMAHA NVX 155!

Share this post

scroll to top