MAHARAJA JEPUN BAKAL TERIMA KERETA RASMI BAHARU – KERETA SEKARANG LAMA SANGAT DAH

SHARE

Satu perkara menarik jika anda meminati bidang automotif ialah untuk memerhatikan kenderaan rasmi yang digunakan oleh orang kenamaan seperti Sultan, Presiden dan Perdana Menteri.

Kenderaan yang digunakan luar biasa di atas faktor keselamatan dan satu sempadan di antara orang kebanyakan dan golongan pemerintah.

Oleh itu kenderaan mereka tampil unik, mewah dan menggagumkan.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Toyota Century 2018 – Model generasi ketiga selepas 21 tahun.

Walaupun hebat, jenama yang digunakan turut boleh dibeli pengguna awam seperti Proton, Toyota, Lexus, Rolls-Royce dan pelbagai lagi. Namun ada juga yang memang eksklusif seperti kegunaan Presiden China dan Amerika Syarikat.

Dalam artikel lalu kami memaparkan kereta rasmi Presiden China iaitu Hongqi N501 dan kali ini kami bawakan pula kenderaan rasmi Maharaja Jepun.

Rupa-rupanya kenderaan rasmi kegunaan Maharaja dan ahli keluarganya digunakan sejak 2006 lagi iaitu empat buah Toyota Century Limosin yang dibina khas.

Walaupun sudah berbelas tahun usianya, kenderaan rasmi ini hanya digunakan dalam acara khas seperti perarakan dan keraian istimewa.

Calon untuk kereta Diraja baharu?

Untuk kegunaan harian, keluarga Maharaja mempunyai empat buah Toyota Century Royal yang diperolehi sejak 2006. Limosin lapan tempat duduk ini lebih panjang daripada Century Royal dari bilik pengedar Toyota.

Namun keempat-empat unit kereta ini mempunyai spesifikasi berbeza. Sebuah adalah kereta standard, dua lagi diubahsuai untuk kalis peluru.

Secara tradisinya keluarga diraja Jepun menggunakan kereta untuk tempoh yang lama. Sebelum Century Royal mereka menggunakan tujuh buah Nissan Prince Royal Limosin dari 1967 hingga 2004.

Selain Century Limosin yang digunakan untuk perarakan dan majlis khas, Maharaja mempunyai sebuah Rolls-Royce cabriolet diperolehi pada tahun 1990. Kereta ini dikatakan hanya digunakan sebanyak dua kali sahaja iaitu masing-masing pada tahun 1990 dan 1993.

Dengan usia yang begitu lama kereta telah diisytihar sebagai tidak selamat untuk digunakan di atas jalan raya manakala kos untuk membaik pulih pula tidak berpadanan berbanding unit baharu.

Rolls-Royce – jenama pilihan untuk keluarga Diraja di serata dunia.

Sekarang masanya kereta baharu dibeli untuk majlis perarakan Maharaja dan Maharani Jepun.

Kereta apakah yang sesuai untuk individu yang dihormati di Jepun ini?

Sebuah laman web kereta klasik Jepun, japanesenostalgiccar mencadangkan Lexus LS 600h L Landaulet, model sama yang digunakan oleh Puterai Albert II dari Monaco semasa majlis pernikahannya pada tahun 2011.

Lexus LS 600h L Landaulet

Menurut laman web tersebut, walaupun model ini telah berusia ia tampil kelas dengan bentuk elegan tanpa gril predator yang agresif pada Lexus terbaru.

Ciri unik pada model ini ialah bumbung polikarbonat transparen yang boleh dipasang dan ditanggalkan sesuai sebagai kenderaan perarakan.

Lagi pula model ini telah siap menjalani proses R&D dan pasti banyak kos dapat dijimatkan berbanding menempah model khusus.

Selain itu, kereta ini digerakkan oleh nadi kuasa hibrid dan paling penting sekali ialah ianya buatan Lexus yang bermakna tahan lasak dan boleh dipercayai untuk satu tempoh panjang.

Wajah depan yang terlalu garang untuk keluarga Diraja Jepun?

Walau apa pun cadangan untuk kereta baharu ini, orang ramai dapat melihat kereta baharu yang dipilih pada 22 Oktober 2019 sempena majlis rasmi pemasyhuran Putera Mahkota Naruhito sebagai Maharaja baharu.

Maharaja Akihito telah mengumumkan pada 2017 beliau akan turun dari takhta pada tahun depan.

Sumber: Japanesenostalgiccar.com

BACA: BEKAS PENGARAH REKA BENTUK ROLLS-ROYCE SERTAI FAW CHINA

BACA: PRESIDEN CHINA BAWA KERETA RASMI BAHARU KE LUAR NEGARA – HONGQI N501

Share this post

scroll to top