Buletin

MAHINDRA KUV 100

Sambutan jenama Mahindra di Malaysia tidak begitu memberangsangkan. Buktinya, jenama yang dibawakan oleh DRB-Hicom itu begitu sukar ditemui di jalan raya.

mahindra-kuv-100-mekanika (4)

Tetapi, produk  automotif India itu begitu popular di negaranya sendiri. Pasaran India baru sahaja menerima model baharu SUV kompak, KUV 100. Model berkenaan didakwa dibangunkan khusus untuk pasaran tempatan sahaja.

Perkataan KUV bermaksud Kool Utility Vehicle.

Selepas menjadi pemegang saham terbesar syarikat pereka kereta Itali, Pininfarina S.p.A. tahun lalu, nampaknya Mahindra tidak membuang masa untuk menggunakan kelebihan tersebut untuk membangunkan KUV 100.

mahindra-kuv-100-mekanika (5)

Rekaannya begitu muskular dengan garisan dinamik pada sisi badan. Penggunaan bampar hadapan dan belakang yang berbeza dengan warna badan menyerlahkan lagi karakter KUV 100.

Sekali pandang, lampu hadapan seakan-akan rekaan model Evoque yang ditarik sehingga ke sisi hud. Lampu  nyalaan siang (DRL) LED melengkapkan lampu hadapan dengan ciri follow me home.

mahindra-kuv-100-mekanika (7)

Mahindra juga menggunakan aksen krom pada perumah lampu kabus hadapan dan belakang. Rim aloi tampil menarik dengan rekaan labah-labah.

Tidak ketinggalan, SUV berkenaan dilengkapi rel bumbung dan spoiler belakang yang sporty.

mahindra-kuv-100-mekanika (2)

Soal mekanikal, jentera itu didatangkan dengan enjin bersesaran 1,198cc  tiga silinder. Dua pilihan enjin ditawarkan. Enjin petrol Multi Point Fuel Injection (MPFI) mampu menghasilkan kuasa 82bhp @ 5,500 rpm dan tork 115Nm @3,500-3,600 rpm.

Sementara enjin diesel pengecas turbo pula mampu menghasilkan kuasa 77bhp @3, 750rpm dan tork setinggi 190Nm @ 1,750-2,250rpm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan kotak gear manual 5-kelajuan.

mahindra-kuv-100-mekanika (3)

Masuk ke kabin, rekaan yang diketengahkan cukup ringkas. Tidak ada banyak butang kawalan pada konsol tengah. Mahindra menggunakan warna kelabu dan hitam pada bahagian kabin SUV ini.

Bahagian glove box dilengkapi dengan ciri pendingin. KUV 100 didatangkan dengan ciri keyless entry.

mahindra-kuv-100-mekanika (1)

Lebih menarik, perehat kepala penumpang barisan kedua boleh dilaras. Sistem hiburan dengan skrin paparan 3.5 inci dilengkapi ciri Bluetooth, USB dan auxiliary.

Untuk kecekapan bahan api, Mahindra menawarkan mode Power-Eco dan sistem start\stop enjin. Ciri keselamatan yang ada pada KUV 100 ialah ABS, EBD, Isofix dan dua beg udara.

mahindra-kuv-100-mekanika (6)

KUV 100 didatangkan dengan tujuh varian bermula daripada K2, K2+, K4, K4+, K6, K6+ dan K8. Harga bermula Rs 4,42 lakhs (RM28,500) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button