MAHU STAF SELESA, FORD GUNA TEKNOLOGI PERMAINAN VIDEO

SHARE

Harus diakui teknologi permainan video hari ini semakin realistik dengan keadaan sebenar. Kereta atau watak yang dimainkan seolah hidup dengan pergerakan seakan realiti.

Bagaimana pereka permainan video boleh mencapai tahap tersebut?

Jawapannya ialah melalui eksperimen dan bantuan teknologi sensor yang mengesan pergerakan manuasia.

Teknologi seperti ini turut digunakan oleh atlet terkemuka dunia bagi meningkatkan tahap permainan mereka.

Ford nampaknya turut serta dalam bidang ini apabila menggunakan teknologi yang sama dalam mengkaji tingkah laku pekerja mereka di kilang pemasangan kenderaan.

Pekerja di kilang Pemasangan Enjin Ford di Valencia, Sepanyol mengenakan pakaian khas yang dilengkapi teknologi pengesanan pergerakan badan.

Sistem yang masih diuji ini dihasilkan oleh Ford dan Instituto Biomecánica de Valencia dengan penglibatan 70 orang pekerja di 21 tempat kerja.

Teknologi pengesanan pergerakan ini berfungsi dengan merekod tindakan dan pergerakan atlet bagi membolehkan jurulatih sukan atau pembangun permainan untuk membuka potensi atlet di dalam dunia sebenar atau permainan.

Ford pula mahu mengeksploitasi teknologi ini supaya tempat kerja menjadi lokasi yang kurang membebankan dari segi fizikal dan menambah naik mutu kualiti pengeluaran.

Kilang di Valencia ini memasang enjin Ford Transit Connect baharu dan 2.0 liter EcoBoost Duratec.

Jurutera Ford memperolehi inspirasi ini daripada suit lengkap yang mereka lihat di acara perdagangan dan bagaimana robot boleh meniru pergerakan manusia dan kemudian dapat dipraktiskan di tempat kerja. 

Suit yang dipakai mempunyai 15 sensor pengesan pergerakan yang disambungkan dengan unit pengesanan tanpa wayar. Sistem tersebut mengesan bagaimana pekerja bergerak di tempat kerja dengan tumpuan pada kepala, leher, bahu dan anggota badan lain.

Pergerakan badan dirakam oleh empat kamera pengesanan yang sama seperti permainan video. Kamera tersebut ditempatkan berhampiran pekerja dan dirakam sebagai watak 3D melalui rangka badan pembeli.

Pakar ergonomik yang dilatih khusus kemudian menggunakan data bagi membantu pekerja membetulkan postur badan mereka dengan baik.

Ford sekarang ini mempertimbangkan bagi meluaskan lagi penggunaan teknologi yang sama di pusat pengeluaran lain di Eropah.

Ford memang prihatin dengan staf dan sejak 2003 lagi mereka telah berusaha bagi mengurangkan kadar kecederaan pekerja di seluruh dunia melalui pengenalan teknologi ergonomik dan proses serta perubahan proses yang didorong data.

Hebat bukan? Sampai ke tahap pekerja pun mereka gaji dan biasanya jika mereka gembira, pelanggan pun akan gembira. Dapat bonus lagi tambah gembira!

BACA: FORD FALCON GTHO. KERETA AUSTRALIA TERMAHAL DALAM SEJARAH. RM3.86 JUTA!

BACA: FORD RANCANG BINA TRAK PIKAP UNIBODY BAHARU – GUNA PLATFORM FOCUS

Share this post

scroll to top