Buletin

MAKIN SENANG KUMPUL MATA GANJARAN PETRONAS – SEKARANG 3 KALI GANDA LEBIH BANYAK!

Pernah tak kau rasa tertekan sebab nak kumpul mata ganjaran? Pernah rasa macam tak berbaloi sebab dah belanja banyak tapi point dapat seciput saja.

Pengumpulan mata ganjaran ni biasanya berkaitrapat dengan program kesetiaan dan Petronas adalah antara yang terawal terlibat dengan kempen begini menerusi Kad Mesra. Kau belanja, dapat mata ganjaran (point) dan boleh tebus.

Agak lama juga Petronas tak rebiu sistem point mereka yang menyebabkan banyak pesaing mula menawarkan ganjaran lebih menarik. Tapi hari ini, Petronas umumkan yang mereka tawarkan progranm baru yang terbaik dalam pasaran.

Kad Mesra kini datang dengan pengumpulan mata TIGA kaliganda lebih banyak. Pemilik kad Mesra akan mendapat TIGA mata ganjaran bagi setiap liter bahanapi yang dibelanjakan. Ia melibatkan semua produk Primax 95 dan Primax 97, Dynamic Diesel Euro 2 dan Euro 5.

Sebagai tambahan, Petronas memudahkan urusan mendaftar kad menerusi SMS sahaja. Sistem penebusan juga dipermudahkan. Boleh swipe kad di pam sahaja, ni pun kami baru tahu.

Sehingga hari ini, Kad Mesra mempunyai 2 juta pengguna aktif dan Petronas mensasarkan peningkatan 15 peratus pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.

                                                                    

Google ads
Back to top button