MALAYSIA MOTO MANIA FULL GAS KEMBALI LAGI!

SHARE

Selepas litar MIMC Melaka ,Team Moto Mania telah mengadakan perlumbaan di Litar Tangkak johor pula pada 24 November 2018.

Acara pada kali ini lebih meriah dimana lebih daripada 160 penyertaan telah diterima dan mengisi ruang beberapa kategori. Bagi menjayakan sesuatu acara bukan mudah. Ya, terima kasih diucapkan kepada orang kuat event yang telah menjayakan acara pada kali ini siapa lagi jika bukan Fatah, Nalie  Aliff dan juga Nazri.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

11 kategori telah dipertandingkan dan di sini dapat kita saksikan ramai pemandu dan pasukan datang memberi sokongan padu kepada Moto Mania Malaysia.

Dapat kita saksikan, pelumba lama, baru, ternama dan juga junior sama sama hadir memeriahkan perlumbaan pada kali ini.

Di Moto Mania Malaysia kita dapat saksikan bermacam macam aktiviti berlansung antara nya adalah himpunan besar besaran para pemandu dengan riuh rendah pengacara dan juga raja lelong mengagihkan hadiah cabutan bertuah kepada yang bernasib baik.

Selain itu, Malaysia Moto Mania juga ada mengadakan booth jualan cenderahati,jualan makanan minuman dan juga Dyno Day khas untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut.

artikel dan gambar oleh En. Bob

GALERI

Share this post

scroll to top