Buletin

MAZDA EKSPORT CX-5 KE THAILAND

Mazda Malaysia Sdn. Bhd. (MMSB) semalam mencatat sejarah tersendiri apabila memulakan eksport SUV popularnya, Mazda CX-5 ke Thailand.  Untuk makluman, MMSB yang merupakan syarikat usaha sama di antara Mazda Motor Corporation Jepun dan Bermaz Motor telahpun memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) model CX-5 sejak pertengahan tahun ini. 

Thailand merupakan pasaran pertama model CBU CX-5 dari Malaysia di Asean. MMSB memberitahu, pihaknya sedang menjalankan kajian terperinci mengenai pasaran yang bakal disertainya nanti. Sebagai permulaan, dianggarkan sebanyak 600 unit CX-5 akan menjengah pasaran negara gajah putih itu.

SONY DSC

Majlis pengeksportan tersebut diadakan di pelabuhan Westport, Pulau Indah, Klang Selangor.

“Pengimportan ini bermakna bahawa Malaysia sudah menjadi pusat produksi kenderaan Mazda yang penting. Ia sememangnya akan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan perniagaan dan jenama Mazda di rantau ini,” kata Pengurus Besar Divisyen Produk Mazda Motor Corporation Jepun, Inoue Hiroshi.

SONY DSC

MMSB menawarkan tiga varian CX-5.Memang menarik apabila mendapat tahu bahawa varian SUV itu turut melibatkan versi yang dikuasakan oleh unit enjin 2.2 liter Diesel SKYACTIV, di samping varian petrol SKYATIV-G 2.0 liter dan 2.5 liter.

Ditanya mengenai penawaran varian diesel untuk pasaran tempatan, Pengarah Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh menyatakan penawaran model itu banyak bergantung kepada rebiu Dasar Automotif Nasional (NAP) yang akan datang, selain sekiranya kualiti diesel negara mencapai tahap Euro 4.

SONY DSC

Selaku model pertama dibina menggunakan teknologi SKYACTIV, CX-5 menerima semua teknologi tersebut yang terdiri daripada enjin, transmisi, kerangka, chasis serta hala tuju rekaan serba baharu Mazda iaitu KODO – Soul of Motion.

Sejak dilancarkan pada Februari 2012, lebih 300,000 unit CX-5 terjual di seluruh dunia. Malah, ia turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Japan Car of the Year 2012.

SONY DSC

Di pasaran Malaysia, jentera tersebut mewakili 25 peratus jualan kenderaan Mazda. Bermaz Motor mensasarkan angka jualan kenderaannya meningkat di antara 7,000 hingga 8,000 unit pada tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button