Buletin

MAZDA HAZUMI: BAYANGAN MAZDA2

Sebaik sahaja foto model konsep Mazda Hazumi tersebar di internet, ramai yang sedia maklum bahawa inilah rupa pengganti jentera kompak Mazda2.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (10)

Terus sukses dengan hala tuju rekaan KODO-Soul of Motion, Mazda dilihat kian mendapat maklum balas positif daripada pengguna di seluruh dunia. Menurut Mazda, Hazumi memiliki kesemua elemen penting untuk model generasi baharunya.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (1)

Apa lagi kalau bukan rekaan KODO, teknologi SKYACTIV, Mazda Proactive Safety dan sistem ketersambungan di dalam kereta yang baru, MZD Connect.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (3)

Berdasarkan kepada kit media yang dikeluarkan oleh Mazda untuk acara Geneva International Motor Show 2014, jentera ini turut diperkenalkan bersama unit enjin diesel bersesaran kecil yang baru dibangunkan oleh Mazda.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (15)

Enjin tersebut ditala secara optimum untuk sebuah kereta sub kompak. Kalau sudah diesel, dipadankan pula dengan saiz supermini, bayangkan sendiri bagaimana prestasinya nanti.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (6)

Dikenali sebagai SKYACTIV-D 1.5 enjin yang ringan dan kompak itu dikatakan berkuasa dan ultra efisien, sama seperti enjin diesel bersesaran lebih besar, SKYACTIV-D 2.2. Mampu menawarkan kuasa tork dan prestasi dinamik, ia juga lulus piawaian emisi Euro 6. Pastinya untuk pasaran seperti Malaysia, enjin petrol akan digunakan.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (14)

Jika diteliti dua model Mazda sebelum ini iaitu Mazda CX-5 dan Mazda6, model produksi Mazda memang tidak jauh beza dengan model konsepnya. Jadi, memang tidak mustahil Hazumi bakal menjelma sebagai Mazda2.

Mazda Hazumi-Mazda2-Mekanika (8)

Menurut sumber,Mazda2 bakal menjengah pasaran tempatan pada tahun ini. Biar betul?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button