MAZDA LANCARKAN VISI BAHARU – “SUSTAINABLE ZOOM-ZOOM 2030”

SHARE

Mazda telah mengumumkan visi baharu mereka yang dinamakan “Sustainable Zoom-Zoom 2030”. Melaluinya mereka merancang untuk mengurangkan keluaran bahan bakar dan mengekalkan perkembangan sehingga ke tahun 2030. Antara inisiatif yang diambil ialah dengan menghasilkan rekaan enjin baru yang sangat ultra-efisyen. Ia juga dikatakan 30 peratus lebih efisyen berbanding dengan enjin Mazda sekarang. Selain daripada itu mereka akan turut mengeluarkan kenderaan EV menjelang 2019.

Enjin baharu ini dinamakan Homogenous Charge Compression Ignition yang berfungsi sama seperti sebuah enjin disel. Ini bermakna ia tidak lagi memerlukan palam pencucuh untuk menyalakan campuran petrol dan udara tetapi kini menggunakan mampatan.

Ia sekaligus akan menghasilkan pembakaran yang cukup bersih seperti enjin disel generasi baharu dan mengurangkan keluaran bahan bakar. Mazda menjanjikan peningkatan panjimatan antara 20-30 peratus berbanding enjin-enjin Skyactiv-G yang mereka ada sekarang.

Berdasarkan maklumat daripada Mazda, enjin ini mempunyai palam pencucuh tetapi ia hanya akan digunakan ketika operasi dalam suhu sejuk. Malah dikatakan enjin baharu ini juga akan dilengkapi dengan supercharge.

Enjin seumpama ini sebenarnya cukup hebat secara teorinya tetapi biasanya hanya sesuai sewaktu ujian dalam makmal. General Motors, Honda dan Hyundai pernah membangunkan pelbagai prototaip enjin ini beberapa tahun lepas. Malah Formula 1 turut menggunakan enjin dengan konsep yang sama.

Namun sistem penyalaan menggunakan mampatan ini sukar dilakukan di luar makmal ataupun jika anda terikat dengan kos (bukan seperti F1 yang memang dibekalkan dengan modal menggunung). Malah ia juga tidak begitu lancar dalam keadaan cuaca sejuk. Tapi mungkin Mazda ada caranya yang tidak ditemui oleh pengeluar lain.

BACA: MAZDA LANCAR MAZDA3 SKYACTIV GVC

Mazda merancang untuk memulakan pengeluaran enjin baharu ini pada tahun 2019 dan menurut Reuters, mereka tidak merancang untuk berkongsi enjin ini dengan pengeluar lain.

Menurut visi untuk tahun 2030 Mazda, mereka turut merancang untuk memeperkenalkan kenderaan berkuasa elektrik pada tahun 2019, namun belum pasti sama ada ia sebuah kereta baharu sepenuhnya ataupun model sedia ada diperkenalkan sebagai varian berkuasa elektrik. Mungkinkah sebuah MX-5 berkuasa elektrik?

Kenderaan elektrik ataupun EV kini sudah menjadi trend semasa dan Mazda akan cuba memasuki pasaran pada tahun 2019. Kolaborasi dengan Toyota dijangka akan memudahkan lagi laluan ke arah itu dan Toyota dijangka akan berkongsi teknologi hibrid dan plug-in dengan Mazda dalam memperkenalkan model elektrik pertama mereka.

(Visited 317 times, 317 visits today)

Share this post

scroll to top