MAZDA MX-5 2019 – LEBIH BERKUASA (184HP), HARGA BERMULA RM92,300 DI JEPUN

SHARE

Mazda mengumumkan spesifikasi model roadster MX-5 2019 yang telah ditambah baik secara signifikan.

Dijangka dilancarkan di Jepun pada Julai depan, jentera tersebut bakal menggunakan enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0 liter yang tekah disemak semula dengan drastik.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Enjin itu kini dilengkapi sistem pengambilan udara yang otimum, kepala silinder baharu, omboh dan rod penyambung berbeza.

Mazda memberitahu modifiksi itu dibuat untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan berat. Hasil ubah suai membolehkan enjin menghasilkan lebih 15 kuasa kuda. Malah, kuasa tork juga dipertingkatkan apabila garis merah rpm dinaikkan daripada 6,800 kepada 7,500rpm.

Walaupun Mazda tidak menyatakan dengan jelas output enjin secara spesifik, data menunjukkan bahawa enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 184PS dan tork 205Nm.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding model tahun 2018 yang memiliki kuasa 157PS dan tork 200Nm. Enjin tersebut bukan sahaja lebih berkuasa, malah menjimatkan bahan api dan mesra alam.

Enjin SKYACTIV-G 1.5 liter turut dinaik taraf dengan teknologi pembakaran yang dibangunkan untuk enjin 2.0 liter. Ia kini mampu menghasilkan kuasa sehingga 132PS dan torn 152Nm.

Perubahan lain yang dilakukan termasuklah penggunaan stereng teleskopik dan paparan TFT baharu. Pelanggan juga diberi pilihan untuk menempah bumbung soft top berwarna coklat, kemasan kulit tempat duduk lebih cerah dan rim aluminium bersaiz 16 inci.

Untuk pasaran Jepun, Mazda menawarkan peralatan keselamatan tambahan seperti Advanced Smart City Brake Support dan Lane Departure Warning System.

Mazda MX-5 baharu ditawarkan pada harga bermula ¥2,554,200 (RM92,300) dan ¥3,812,400 (RM137,700) untuk model MX-5 RF.   

Share this post

scroll to top