MAZDA MX-5 MIATA EDISI 3O TAHUN HABIS DIJUAL DALAM MASA 4 JAM UNTUK PASARAN AS

SHARE

Mazda, walaupun jenamanya kecil, ia mempunyai sebuah model ikonik yang terkenal di seluruh dunia – MX-5 Miata.

Tiga dekad selepas pertama kali diperkenalkan di Pameran Kenderaan Chicago 1989, model ini kembali dengan edisi istimewa MX-5 30th Anniversary Edition.

Selepas 30 tahun dan lebih daripada 1 juta unit dijual, MX-5 telah berkembang dari sebuah model jalanan kepada ikon yang dimiliki oleh peminat di seluruh dunia.

MX-5 30th Anniversary Edition dilancarkan sebagai penghormatan kepada para peminat MX-5 dan lambang harapan tinggi Mazda untuk masa depan kereta sport keluarannya.

Satu ciri khas dan istimewa model ini ialah warna badan Racing Orange yang baru dikeluarkan dan khusus untuknya sahaja.

Apa yang lebih menarik, peruntukan untuk pasaran Amerika Syarikat telah habis ditempah kesemuanya.

Untuk mendapatkan gambaran tentang betapa pantasnya jualan kereta ini, inilah garis masa yang ringkas mengenai peristiwa yang berlaku.

Persidangan akhbar bermula pukul 11.30 pagi dan berakhir sebelum tengah hari. Menjelang 2:51 petang, hanya 28 unit sahaja yang tinggal.

Pada 2:55 petang, 22 lagi terjual dan menjelang jam 3:30 petang hanya tinggal lima unit sahaja dan pada pukul 3:50 petang tapak pra-pesanan menunjukkan baki cuma tinggal dua!

Sebagai perbandingan, Mazda menjual 11,294 Miatas pada 2017 dan 8,971 pada 2018. Secara puratanya sekitar 747 atau 941 sebulan.

Nampaknya peminat di AS juga mahukan sesuatu yang “rare” dan ikonik.

Model ini turut istimewa dengan roda aloi yang dibuat khusus dengan kerjasama Rays Co Ltd. dan emblem ulang tahun ke-30 yang mempunyai nombor siri model.

Ciri-ciri unik lain angkup brek berwarna oren dan brek depan Brembo.

Tema warna oren diteruskan pada bahagian dalaman dengan riasan pada kerusi, pelapik pintu, stereng, corong penyaman udara dan tombol gear.

Kelengkapan istimewa lain ialah kerusi Recaro, bahan pelapik pintu daripada Alcantara dan panel instrumen.

MX-5 ini dibekalkan enjin 2.0 liter Skyactiv-G berkuasa 184 ps dengan transmisi manual enam kelajuan, LSD, suspensi Bilstein dan strut-brace.

GALERI

Share this post

scroll to top