Buletin

MAZDA RX-7 TYPE R BARTHURST – 500 UNIT SAHAJA (SEMUANYA JDM)

Siapa kata Type R hanya khusus untuk Honda sahaja? Kalau Honda Type R sudah dikira Limited Edition, bagaimana pula dengan Mazda RX-7 Type R Bathurst yang cuma ada 500 unit sahaja di dunia. Itu belum kira yang dah total lost.

RX-7 walaupun sudah berusia dan sudah lama digantikan dengan RX-8 masih merupakan kereta sports pilihan tuner bagi menunjukkan kehebatan produk mereka. Harganya? Hmm… memang menitik air mata jantan la sesekali muncul dalam ruangan iklan untuk dijual.

Kalau yang edisi Barthurst ni lagilah jarang nampak, kalau ada untuk dijual pun mesti diluar negara. Ia dilancarkan oleh Mazda Motor Corpotration pada tahun 2001 dan diedarkan melalui wakil-wakil penjual di seluruh Jepun. Kereta ini tidak dieksport ke negara lain secara rasmi kerana permintaannya di Jepun sudah pun cukup tinggi.

Sama seperti RX-7 lain, ia memang mempunyai rekaan yang menonjol tetapi jelas merupakan hasil original Mazda tanpa ditiru dari mana rekaan lain. Ia cukup ringan, kompak selain dilengkapi dengan enjin rotary berkuasa tinggi yang digandingkan dengan sistem kawalan yang memberikannya prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Ia merupakan sebuah kereta sports yang melambangkan cita-cita dan keazaman Mazda itu sendiri.

RX-7 Type R Barthurst ini dihasilkan daripada model Type R RX-7 sebelum ini yang cukup ringan dan memberikan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik berbanding RX-7 standard.

Ia juga turut dilengkapi dengan penyerap hentak boleh laras ketinggian custom, salah satu ciri popularnya berbanding siri RX-7 lain. Ia juga dibezakan dengan foglight rekaan khas dengan lima pilihan warna .

Nama Barthurst dipilih sebagai memperingati perlumbaan 12-jam Barthurst yang cukup popular di Australia dan Mazda telah memenanginya selama tiga tahun berturut-turut dari 1992 sehinggalah 1994.

BACA: CONTOH TERBAIK SEBUAH RX-7 YANG “BERSIH” (TAPI DENGAN 500 KUASA KUDA)

Ia dihasilkan bukannya sebagai sebuah kenderaan full-spec kerana itu bukan tujuannya. Setiap satu peralatan dilengkapkan berdasarkan keperluan pemandu dan bukannya untuk menonjolkan kemewahan.

Bahagian dalamannya juga mempunyai ciri kereta lumba dengan tombol gear dan kemasan papan pemuka dan dihasilkan daripada gentian karbon. Malah beratnya yang hanya mencecah 1260 kilogram merupakan mimpi ngeri buat pesaing-pesaingnya. Bahkan ianya lebih kurang sama dengan berat Toyota AE86. Nampak tak kelebihannya.

Enjin rotarynya mampu menghasilkan 276 bhp kuasa dengan tork maksima 314 Nm. bandingkannya dengan tork maksima Honda NSX-R 304 Nm dan anda akan dapat membayangkan kehebatan sebenar RX-7 Type R Barthurst ini.

Kalau ada untuk dijual kat mana-mana bagi tahu kami cepat-cepat sebab terdapat beberapa pasang buah pinggang untuk dijual demi untuk membeli kereta ini. Pasal apa banyak pasang? Sebab jual sepasang belum tentu cukup dik.

GALERI:

Google ads
Back to top button