MAZDA TINGKATKAN KAPASITI KILANG ENJIN DI THAILAND – LABUR RM786 JUTA

SHARE

Mazda Motor Corporation (MMC) baru-baru ini mengumumkan penambahan kilang penghasilan komponen enjin di kilang rangkaian kuasanya di Chonburi, Thailand.

Dikenali sebagai Mazda Powertrain Manufacturing (Thailand) Co., Ltd. (MPMT), kilang tersebut dilihat bakal membantu pertumbuhan aspek pengilangan di Thailand. Ini kerana ia melibatkan kerjasama dengan komuniti setempat dan memupuk pemimpin industri pada masa depan.  

“MPMT memainkan peranan penting dalam sistem produksi kenderaan yang komprehensif di Thailand. Ia dapat membantu kami menyerahkan kenderaan tepat pada masanya kepada pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Masamichi Kogai.

Isuzu Dmax Desktop

Bagi mengukuhkan lagi sistem produksi enjin, transmisi dan kenderaan di Thailand, Mazda telah melabur 22.1 bilion yen (RM786 juta) ke atas MPMT.

Dengan pelaburan itu, kapasiti produksi enjin dapat ditingkatkan daripada 30,000 menjadi 100,000 unit setahun.

Kilang ini akan mula menghasilkan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter, sebelum dibekalkan kepada kemudahan pengilangan di Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Sejarah MPMT
Februari 2013: Ditubuhkan

Januari 2015: Mulakan produksi SKYACTIV-Drive

Oktober 2015: Mulakan produksi SKYACTIV-D 1.5

Januari 2016: Mulakan produksi SKYACTIV-G 1.3

Januari 2018: Tambah kilang enjin dan tingkatkan kapasiti kepada 100,000 unit setahun

Share this post

scroll to top