Buletin

MAZDA2 COTY NST-MAYBANK 2015!

Model kompak Mazda2 dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan anugerah Car of the Year (COTY 2015) anjuran New Straits Times-Maybank dalam satu majlis khas malam semalam.

Mazda2-COTY-NST_Maybank-2015-mekanika (4)

Dilancarkan ke pasaran tempatan pada awal tahun ini oleh pihak Bermaz Motor, Mazda2 sememangnya menyerlah dengan gabungan reka bentuk sporty, ruang kabin mewah, pengendalian berkualiti dan rangkaian kuasa termaju. Semua ini membuatkannya seakan-akan berada dalam segmen lebih premium.

Mazda2 turut membawa pulang anugerah untuk kategori Compact Car of the Year. Pada harga kurang RM90,000 seunit, jentera ini memang memiliki pakej yang lengkap.

Mazda2-COTY-NST_Maybank-2015-mekanika (1)

Apatah lagi ia dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti Head-Up Display (HUD), paddle shifter dan banyak lagi yang biasanya ada pada model lebih mahal.

“Apa yang Mazda lakukan ke atas Mazda2 memang impresif. Ia menerima markah yang tinggi dalam aspek kehalusan buatan, penggunaan material premium, rekaan menarik dan rangkaian kuasa inovatif dengan teknologi SKYACTIV,” kata Pengerusi Panel Juri COTY 2015 dan Editor Cars, Bikes & Trucks, Yamin Vong.

mazda-mx-5-COTY-2015-mekanika

Selain Mazda2, model roadster Mazda MX-5 pula dipilih sebagai “Sports Car of the Year”. Kereta sports yang sudah memasuki generasi keempat itu nyata meneruskan populariti roadster ringan dengan nisbah agihan berat 50:50 yang sempurna.

Google ads
Back to top button