MAZDA2 MULAKAN PRODUKSI

SHARE

Mazda Motor Corporation semalam mendedahkan Mazda2 serba baharu dengan produksinya telah dimulakan di kilang No. 1 Hofu milik Mazda di Yamaguchi, Jepun.

Mazda2-mula-diproduksi-mekanika (3)

Dikenali sebagai Mazda Demio di pasaran Jepun, model kompak itu telah direka semula secara sepenuhnya buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun. Ia merupakan model keempat selepas CX-5, Mazda6 (Atenza) dan Mazda3 (Axela) yang mengadaptasi semua teknologi SKYACTIV Mazda dan bahasa rekaan KODO-Soul of Motion.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Mazda2 generasi keempat itu turut menampilkan rangkaian luas teknologi termaju seperti sistem ketersambungan generasi seterusnya, Mazda Connect. Di samping ciri keselamatan i-ACTIVSENSE yang membantu pemandu mengenal pasti dan bertindak balas terhadap bahaya.

Mazda2-mula-diproduksi-mekanika (1)

Supermini yang ditunggu-tunggu itu bakal ditawarkan dalam beberapa varian enjin. Ini termasuklah enjin diesel baharu, SKYACTIV-D 1.5. Pilihan enjin petrol pula terdiri daripada enjin SKYACTIV-G 1.5 dan SKYACTIV-G 1.3 yang ditentukan mengikut keperluan pasaran berbeza. Enjin itu kemudian akan dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan.

Untuk pasaran Jepun, enjin yang akan digunakan ialah SKYACTIV-D 1.5 liter (diesel) dan SKYACTIV-G 1.3.

Mazda2-mula-diproduksi-mekanika (2)

Dengan jualan keseluruhan melebihi 2.4 juta unit di seluruh dunia, Mazda2 merupakan antara model penting Mazda. Sejak dilancarkan pada tahun 1996, Mazda telah menawarkan interpretasi baharu kepada segmen subkompak di seluruh dunia.

Share this post

scroll to top