MAZDA3 BAKAL DIPERTONTON DI AMERIKA SYARIKAT HUJUNG BULAN INI

SHARE

Rupa-rupanya Mazda3 yang dipasarkan sekarang sudah memasuki tahun kelima dipasarkan. Reka bentuk sedan dan hatchback ini masih segar dan mungkin disebabkan faktor tersebut ia masih tampak relevan sehingga hari ini.

Walaupun dihimpit oleh Honda Civic yang serba canggih, Mazda3 tetap mempunyai kelompok pelanggan tersendiri.

Seperti biasa, model popular buatan Jepun akan digantikan pada penghujung tahun kelima dan ini apa yang ditepati oleh Mazda di Pameran Kenderaan Los Angeles bermula 30 November depan.

Mazda3 generasi keempat akan dipertontonkan buat kali pertama dan sebelum itu pengguna disajikan dengan sekeping foto selingan seperti yang anda lihat ini.

Dari foto yang diberi jelas terdapat dua model bakal dipertonton iaitu Mazda3 sedan dan hatchback. Foto yang diberikan juga menunjukkan bayangan model Mazda Kai Concept yang dipertontonkan semasa Pameran Kenderaan Tokyo pada Oktober tahun lalu.

Jika produk sebenar menghampiri model konsep Kai, Mazda sekali lagi berjaya membuktikan kejaguhan mereka dalam reka bentuk yang anggun dan malar segar (timeless).

Satu lagi perkara menarik tentang konsep Kai ialah ia bakal menggunakan enjin baharu Skyaktiv-X yang dikatakan menggunakan supercaj dengan prestasi hebat dan ekonomikal seperti enjin diesel moden.

Ini juga suatu yang menarik dan dapat menyaingi Honda Civic dengan enjin 1.5 VTEC Turbo.

Di peringkat global, Mazda3 bukan sahaja perlu menyaingi Civic tetapi juga satu lagi model dari Jepun iaitu Toyota Corolla Hatchback yang tidak kurang menariknya.

Tidak sabar rasanya untuk menunggu pameran perdana Mazda3 dan kami yakin ia tidak akan mengecewakan.

Di bawah ialah galeri Mazda Kai Concept dan ini sebab kami percaya Mazda3 memang menarik!

BACA: MAZDA KAI CONCEPT – PENGGANTI MAZDA3 INI MEMANG CUN HABIS!

BACA: MAZDA PERNAH BUAT “TYPE-R” – MAZDA 3 MPS TURBO RUPANYA DAH MURAH SEKARANG…

Share this post

scroll to top