MAZDA6 FACELIFT 2018: 3 VARIAN, KINI LEBIH PREMIUM & ELEGAN

SHARE

Bermaz Motor hari ini memperkenalkan Mazda6 2018 baharu yang telah direka semula dengan lebih sofistikated. Model flagship kereta penumpang Mazda itu menjadi gambaran terbaik falsafah KODO – Soul of Motion Mazda.

Mazda6 2018 menampilkan perincian dan teknologi premium yang berpaksikan kepada falsafah pembangunan berdasarkan kepada manusia. Semua perinciannya telah difikirkan semula untuk meningkatkan lagi penampilan dan prestasinya.

3 varian, 2 petrol & 1 diesel

Isuzu Dmax Desktop

Mazda6 2018 facelift yang didatangkan dalam CBU itu ditawarkan menerusi tiga varian iaitu SKYACTIV-G 2.0L, SKYACTIV-G 2.5L & SKYACTIV-D 2.2L. Enjin 2.0L dan 2.2L hanya ditawarkan pada varian sedan, manakala enjin 2.5L hadir dalam varian sedan dan Touring.

Enjin petrol 2.0L itu berkuasa 162hp dan tork 213Nm. Manakala enjin bersesaran 2.5 liter pula menawarkan kuasa sehingga 192hp dan tork 258Nm.  

Enjin diesel bersesaran 2.2 liter mampu menjana kuasa mencecah 188hp dan tork maksimum 450Nm pada 2,000rpm. Ia menawarkan penjimatan bahan api sekitar 5.2l/100km.

Semua enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan dengan penukar gear secara manual, mode sports serta teknologi G-Vectoring Control (GVC) Mazda.

Ada 7 pilihan warna iaitu putih mutiara, perak, hitam, biru, kelabu dan Titanium Flash. 

Rekaan luaran elegan

Mazda6 2018 baharu hadir lebih menarik menerusi perubahan luaran yang signifikan, dengan fokus kepada aspek elegan dan lebih premium. Ini termasuklah gril hadapan rekaan baru yang menyerlahkan lagi penampilan kereta ini yang mantap dan lebar.

Mazda6 2018 baharu kini dipasang dengan lampu utama LED adaptif (varian 2.5L & 2.2L) dan lampu belakang LED. Rim rekaan baru bersaiz 19 inci itu nyata menyerlahkan lagi penampilannya.

Bamparnya juga telah direka semula bersama corong udara untuk menambah baik prestasi aerodinamik Mazda6 dengan menyalurkan udara ke bahagian hadapan tayar.

Bahagian belakang pula tampil dengan kemasan krom baharu, rekaan lampu baharu yang kemas dan tajam, bagi menyerlahkan fizikalnya yang memiliki pusat graviti rendah dan berkuasa. Sementara corong ekzos diletakkan hampir dengan bucu kereta.

MZD Connect & View Monitor 360

Dari segi perubahan ruang dalaman, Mazda6 2018 menerima penambahbaikan yang komprehensif. Papan pemuka dilebarkan untuk menyerlahkan lagi garis-garis tajam dan sofistikasi Mazda yang tidak terlalu menonjol itu.

Paparan infotainmen MAZDA CONNECT dilebarkan menjadi lapan inci, diletakkan lebih tinggi untuk mengurangkan sudut penglihatan dan memberi pandangan lebih jelas dengan sekali pandang sahaja.

Skrin sentuh itu kini menampilkan paparan View Monitor 360 darjah. Ciri itu akan memaparkan setiap sudut kenderaan sewaktu memarkir dan mengundur menerusi penggunaan empat unit kamera bagi memberi gambaran kenderaan serta kawasan sekeliling yang jelas kepada pemandu.

Sedan itu hadir dengan projeksi Paparan Pemanduan Aktif pada cermin utama. Ia memaparkan pelbagai maklumat penting pemanduan seperti kelajuan dan banyak lagi.

Anda juga pasti berpuas hati dengan kualiti bunyi yang disediakan oleh sistem audio BOSE bersama 11 unit pembesar suara.

Tempat duduk hadapan telah dipertingkatkan untuk membentuk bentuk S secara semula jadi dengan tulang belakang manusia, sekali gus membantu menambah baik aspek keselesaan dan mengurangkan keletihan.

Tempat duduk hadapan turut dilebarkan untuk meningkatkan sokongan fizikal kepada pemandu dan penumpang.  Poin mengecas USB disediakan pada perehat tangan belakang, selain di tempat meletak botol minuman.

Pengendalian Jinba Ittai

Mazda dilihat terus menambah  baik Mazda6 dengan mereka semula suspensi serta mengukuhkan lagi chasis demi menawarkan pengalaman pemanduan Jinba Ittai yang lebih lancar dan menyeronokkan.

Aspek NVH Mazda6 ditambah baik dengan panel pintu, kaca luaran, kemasan bumbung dan seal pintu lebih tebal. Sekali gus dapat menawarkan pengalaman pemanduan sebuah kereta penumpang yang premium.  

Rangkaian ciri keselamatan i-ACTIVSENSE

Kini dilengkapi dengan rangkaian teknologi keselamatan termaju i-ACTIVSENSE Mazda, sedan ini berupaya membantu pemandu mengenal pasti risiko, selain meminimumkan kerosakan atau kecederaan.

Mazda6 2018  dipasang dengan sistem Driving Attention Alert (DAA)* yang “belajar” tentang tingkah laku pemandu pada kelajuan 65km/j ke atas dan akan memberi amaran sekiranya corak pemanduan yang tidak normal dikesan.

Smart City Brake Support Rear (SCBS R)* membantu menghalang pelanggaran pada kelajuan rendah apabila pemandu mengundurkan kenderaan. Jika sistem mendapati pelanggaran tidak dapat dielakkan, pemandu akan diberi amaran dan brek ditekan secara automatik untuk menghalang atau mengurangkan impak pelanggaran.

Bukan itu sahaja, Mazda6 facelift dilengkapi ciri Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).BSM membantu mengesan dan memberi amaran kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan di kawasan titik buta dengan memaparkan ikon pada cermin sisi berkaitan.

Sekiranya pemandu pemandu ingin menukar haluan dan terdapat kenderaan dalam titik buta tersebut, ikon itu akan menyala dan amaran bunyi beep dikeluarkan.

RCTA pula berfungsi memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan ada kenderaan mendekati dari kedua-dua arah ketika hendak mengundur.

GALERI 

Share this post

scroll to top