McLAREN MAHU JADI RAJA SUPERCAR, SUDAH TENTU DENGAN BANTUAN CHINA

SHARE

Pasaran supercar sanga berkaitrapat dengan jumlah jualan yang seimbang. Ini kerana kereta-kereta pantas dan eksotik ini kebanyakannya dibuat dalam jumlah yang kecil dan tidak terlalu bergantung kepada sistem pengeluaran kenderaan komersial.

Dengan bilangan yang kecil, vendor yang sedikit, kos membina setiap unit supercar adalah penentu kepada masa depan mana-mana syarikat pengeluar tersebut.

Tidak banyak yang mampu bertahan. Namun bagi sebuah syarikat kecil, McLaren boleh dianggap contoh sebuah pengilang yang berjaya menempa nama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jualan McLaren melonjak naik dan sudah tentu, model-model “panas” mereka seperti 540C, 570S, 720S dan Senna memang mencuri tumpuan peminat yang berhadapan dengan hanya dua nama sejak sekian lama, Lamborghini dan Ferrari.

Isuzu Dmax Desktop

Berada di landasan yang tepat, McLaren nekad mahu menjadi nombor satu dalam pasaran kenderaan supercar. Mereka mahu jadi pemain utama dalam segmen ini dan berasa yakin dengan bantuan dari China.

Sejak dua tahun lepas, jualan McLaren di China lebih baik dari seluruh Eropah berbanding 10 tahun lalu. McLaren belajar banyak pemasaran penting pada pasaran China, antaranya menghasilkan model khusus seperti 570GT khas untuk pasaran negara Tembok Besar tersebut.

Bagi memastikan keperluan edaran mereka merangkumi negara tersebut, McLaren akan membuka 10 lagi pusat pameran di sana. Ya tuan-tuan SEPULUH pusat pameran McLaren lagi bakal dibuka di China. Ia termasuk di bandar-bandar yang sedang pesat membangun seperti GuangZhou dan Shenzen.

Menurut Dr. Jens Ludmann, CEO McLaren Automotive “China adalah pasaran penting buat syarikat kami. Kami akan mengembangkan jaringan pemasaran, pelaburan, peningkatan jualan dan bekerja dengan lebih rapat lagi dengan perniagaan tempatan. Kami akan terus adakan kerjasama dengan pereka fesyen dan jenama kreatif untuk mengiktiraf gabungan budaya dan bakat antara UK dan China”

 

 

 

Share this post

scroll to top