Buletin

MEGA AKSESORI RASMI YAMAHA UNTUK YZF-R25

Yamaha YZF-R25 adalah “pencetus” sebenar cara bagaiamana sebuah motosikal sub 250cc direka untuk menggayakan abang-abang besarnya dalam segmen superbike 600cc dan 1,000cc. Ia mungkin bukan perintis dalam segmen 250cc, tapi untuk kategori sportbike moden, empat lejang, R25 direka lebih agresif berbanding pesaingnya ketika itu.

BACA: YAMAHA R25 FACELIFT DILANCARKAN

Setelah memasuki era facelift generasi kedua, R25 terus mendapat sambutan, khususnya di negara seperti Indoensia di mana sistem percukaian untuk motosikal berkuasa tinggi mereka sangat kritis tentang jentera yang melebihi 250cc.

Yamaha Indonesia baru melancarkan pakej aksesori untuk satu model khusus, YZF-R25. Dan ia bukan setakat aksesori yang mencantikkan motosikal yang dibekalkan oleh alatan buatan China OEM tetapi ia direka oleh jurutera Yamaha sendiri.

Ya. dan aksesori ini bukan sedikit. Ia boleh menghabiskan akaun bank anda dan mungkin terpaksa tangguh bayar ansuran motor kalau dibeli semuanya.

Antara aksesori yang diperkenalkan ialah;

  • Seat Cowl Kit
  • Cowling Protector L/R
  • Visor Kit
  • Fuel Cap Cover
  • Lever Guard
  • Racing Stand
  • Short Rear Fender
  • Casting Wheel Chemco R25

Jika itu tidak cukup, Yamaha memberi pilihan kepada sistem ekzos yang direka khusus untuk motosikal ini. Bukan satu tapi ENAM jenis set ekzos yang boleh dipilih samada sistem penuh ataupun sistem slip on. Tinggal tengok duit ada berapa je lah.

  • Daytona Short Silencer, full system
  • Daytona, full system
  • Akrapovic, slip on
  • Sakura, full system
  • Yoshimura, slip on
  • Hitman Anodized, full system

Kalau nak nampak seragam dan stailo bila menunggang R25, Yamaha Indonesia juga perkenalkan apparel khusus untuk model Yamaha iaitu;

  • Jacket R-Concept Blue
  • Helmet fullface YFN4 GP

Google ads
Back to top button