Buletin

MEMPERKENALKAN… EVO 1.8L TERPANTAS DI BUMI, 1,700 KUASA KUDA, 7.9 SAAT!

Berapa laju adalah laju? atau, apa cara nak buat bagi laju? Ini adalah kisah Mitsubishi Lancer Evolution paling pantas di bumi. Ia dibina oleh Extreme-Tuner, salah satu penala enjin yang terkenal menghasilkan pelbagai inovasi baru. Walaupun banyak membangunkan enjin-enjin Jepun, sebenarnya syarikat ini terletak Greece.

Mula-mula tahu pasal syarikat ni pun, Abang Japar ingat ia tipikal syarikat Amerika, UK atau Australia. Namun bila baca lebih lanjut profil perniagaan dan syarikat, jelas Extreme-Tuner bukanlah syarikat biasa-biasa. Mereka bukan sahaja melabur  dalam automotif, ia termasuk industri penerbangan dan pasaran pengangkutan mewah.

BACA: NISSAN GTR TERPANTAS DI BUMI, 6 SAAT!

Apa yang menarik tentang Evo ini? Ia adalah model kerangka CT9A dengan enjin empat selinder 4G63 yang popular. Tetapi apa yang menyebabkan cukup pantas adalah kejuruteraan pembangunan semula enjin tersebut. Enjin ini telah diturunkan kapasiti lejangnya menjadi 1800cc sahaja berbanding 2000cc asal.

Nah, tak payah sibuk-sibuk tukar stroker kit kan?

“Senjata” utama enjin ini ialah sebuah turbo sebesar perut boroi Pak Amid bersaiz 91mm dengan kipas yang diperbuat dari bahan gentian karbon. Bahagian dalamannya diperkuatkan dengan crankshaft tungsten billet, billet camshaft, injap titanium, valve seat titanium dan apa yang lebih menarik pada sebuah enjin induksi paksa (force induction) begini ialah ia mampu berputar melebihi 13,000 rpm!

BACA: CELICA 1000HP DAN MASIH DIPANDU DI JALANRAYA

Dalam satu ujian drag 400 meter yang dibuat minggu lalu, Evo ini mencatat masa 7.902 saat dengan kelajuan dan 298km/j menjadikannya Lancer Evo CT9A terpantas di bumi.

Klik video di bawah ni.  Lihat bagaimana kereta ini dilancarkan dan tengok jarum RPM serupa nak keluar dari perumah meter!

 

Google ads
Back to top button