Buletin

MEMPERSEMBAHKAN SSANGYONG REXTON BAHARU

SsyangYong Rexton ini bolehlah diibaratkan sebagai ikon kepada pengeluar dari Korea yang kurang popular berbanding Hyundai dan Kia. Namun, semenjak diambil alih dari Mahindra, SsyangYong secara perlahan mengorak langkah untuk terus maju kehadapan dengan pengenalan Tivoli dan terkini, Rexton generasi terbaharu.

BACA : MAHINDRA MAHU BELI NORTON ATAU BSA?

BACA : DEBUT DUNIA SUV HYUNDAI KONA

Rexton serba baharu ini telah pun dipertonton kepada umum pada  Seoul Motor Show 2017. Sebagai pakar pembuat SUV terkemuka, sudah tentulah Rexton ini diharapkan mampu mengangkat semula jenama SsyangYong ke peringkat antarabangsa sekaligus memberikan pengiktirafan kepada Rextron ini sebagai model flagship mereka.

Rexton kini dilengkapi dengan sembilan beg udara sebagai ciri keselamatan standard.  Beberapa kelengkapan seperti Bantuan Penukaran Lorong, Brek Kecemasan Berautonomi, dan juga Pengesanan Titik Buta mampu mengurangkan risiko berlakunya berlaku perkara yang tidak diingini.

Manakala penggunaan sistem pacuan empat roda menjanjikan tahap pemanduan yang bukan kepalang sewaktu melepasi lalun off road. Iya, kalau ditengok paras rupa, selayaknya juga Rexton ini dilenjan melepasi laluan berlumpur tanpa masalah. Beza sangat dengan jenama SUV dari Korea yang lain yang nampak sangat K-Pop nya.

Pemasangan rim bersaiz 20 inci sebagai ciri standard barangkali agak melampau. Tetapi ianya bagus untuk kelihatan bukan biasa-biasa. DRL dan lampu kabus jenis LED turut menambahkan seri dan juga fungsi.

Manakala enjin 2.2 liter diesel berserta dengan transmisi auto tujuh kelajuan dari  Mercedes-Benz memadai buat Rexton ini meluru laju tanpa pemandu perlu risau kerap singgah di petrol pam. Sudah tentu pemilihan transmisi daripada jenama Jerman ini yang terbukti kelancaran prestasi serta respon yang tangkas untuk pemanduan dinamik.

Menjengah ke ruangan kabin, kelihatan jelas tempat duduk yang dibaluti kulit Nappa memberikan keselesaan kepada pemandu. Manakala sistem memori tempat duduk memastikan pemandu dapat memilih tetapan sendiri dengan mudah dan cepat.

Skrin di tengah bersaiz 9.2 inci pula kelihatan tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan ruang dalaman yang luas. Mempunyai fungsi ‘cerminan’ antara peranti, mampu menjamin keseronokan tujuh penumpang sepanjang perjalanan sambil melayan YouTube.

Lain-lain fungsi menarik seperti Pintu Terkunci Auto (sewaktu kunci di bawa pergi dari kenderaan) dan Pandangan Sekeliling 3D mampu memberikan tambah nilai kepada Rexton yang baharu ini.

SUV perkasa sebegini barangkali mungkin kurang digemari oleh pemuda persis Fattah Amin. Tetapi ianya barangkali amat diminati lelaki seperti Norman Hakim misalannya. 

Kredit : NetCarShow

Google ads

B K

Back to top button