Buletin

MENANG SKUTER VESPA PRIMAVERA DENGAN CALTEX 

Chevron Malaysia Limited yang bertanggungjawab memasarkan jenama Caltex baru-baru ini melancarkan promosi ‘True Power from Within’ sempena ulang tahun ke-10 filem blockbuster terkenal Transformers menerusi filem terbaharunya, Transformers: The Last Knight.

Sepanjang promosi sehingga 31 Julai 2017, orang ramai boleh menyertai peraduan dengan membeli produk-produk Havoline®, Delo® dan Techron® terpilih. Mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat termasukkan Vespa Primavera, barangan eksklusif Transformers, StarCash, baucar membeli-belah dan cabutan bertuah bulanan.

Pelanggan kad Caltex JOURNEY™ dan B Infinite layak untuk cabutan istimewa, serta berpeluang memenangi sehingga 2,000,000 BPoints.

“Rangkaian produk minyak enjin dan bahan api kami direka untuk melindungi enjin daripada pembentukan deposit. Selain memastikan prestasi enjin dapat dikekalkan dari dalam,” kata Pengurus Perniagaan Wilayah, Kluster Asia Pasifik, Asim Khan.

Promosi Caltex ‘True Power from Within’ Promotion: Minyak Pelincir

Mulai sekarang hingga 31 Julai 2017, pelanggan yang membeli produk Havoline®, Delo® dan Techron® Concentrate Plus di stesen minyak serta bengkel Caltex yang mengambil bahagian akan menerima barangan eksklusif (baju polo, kemeja-t atau tuala, bergantung kepada produk yang dibeli di dalam kotak promosi.

Mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti lima unit pembesar suara Bose® Bluetooth, baucar membeli belah bernilai RM200 dan Vespa Primavera. Cabutan bertuah akan diadakan pada 16 Ogos 2017, senarai pemenang akan diumumkan di laman web: www.caltextruepower.com

Promosi Caltex ‘True Power from Within’ Promotion: Bahan Api

Bermula 22 Mei hingga  31 Julai 2017, dengan satu pembelian minimum RM50 minyak Caltex with Techron®, pelanggan layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan yang menawarkan hadiah seperti Vespa Primavera, StarCash serta bonus BPoints buat pemegang kad Caltex JOURNEY™ Card dan B Infinite.

Dua cabutan bertuah akan diadakan. Maklumat seperti jadual di bawah:

Tarikh cabutan bertuah Hadiah 
Cabutan pertama

(4 Julai 2017)

  • 10 pemenang: skuter Vespa® Primavera
  • 30 pemenang saguhati: StarCash bernilai RM200
  • Tambahan kepada pemenang kad Caltex JOURNEY™ dan B Infinite – 100 pemenang – sebahagian daripada 1,000,000 BPoints
Cabutan kedua

(10 Ogos 2017)

  • 10 pemenang: skuter Vespa® Primavera
  • 30 pemenang saguhati: StarCash bernilai RM200
  • Tambahan kepada pemenang kad Caltex JOURNEY™ dan B Infinite – 100 pemenang – sebahagian daripada 1,000,000 BPoints

Peraduan Spot the Caltex Fun Truck

Mulai sekarang hingga 3 Jun 2017, peraduan “Caltex Fun Truck” mengajak anda untuk selfie atau foto berkumpulan dengan trak.

Kemudian, pos gamber tersebut ke laman Facebook Caltex Malaysia atau akaun Instagram anda (pastikan tidak private) bersama keterangan gambar kreatif kurang daripada 10 patah perkataan, “Caltex brings you true power because…” dan hashtag “#CaltexTruePower”.

Dalam masa tiga minggu, lima pemenang mingguan akan membawa pulang StarCash bernilai RM200 dan akan ditampilkan dalam material promosi Caltex.

Google ads
Back to top button