BuletinMotosikal

MOTOGP YANG MENGEJUTKAN. HAFIZH SYAHRIN TAMATKAN PERLUMBAAN DI TEMPAT KE-9!

Pada pusingan perlumbaan awal pagi tadi, kita dapat melihat beberapa insiden dramatik berlaku. Marc Marquez, “pelumba kesayangan Dorna” membuat tindakan berbahaya bila enjin motosikalnya tak hidup di permulaan grid. 

Beliau menolak motor ke hadapan ke belakang cuba menghidupkannya beberapa kali, dah macam race kat kampung Padang Balang.

Padahal jika mengikut peraturan, beliau mesti masuk semula ke pit.

Beliau dikenakan denda penalti 30 saat semalam.

Tapi bukan itu yang menggembirakan penonton di Malaysia. Harapan seluruh rakyat Malaysia kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin akhirnya terbalas bila beliau menamatkan perlumbaan di tangga ke-9, sekaligus mengutip 7 mata berharga.

BACA: HAFIZH BAKAL BERMULA SUKAR DI PETAK KE-23

Sebagai pelumba rookie yang bermula di petak kedua terakhir, tidak ramai yang menjangkakan Hafizh mampu menghabiskan perlumbaan di tempat ke 10 terbaik. 

Hafiz menghabiskan pusingan di litar Termas de Río Hondo di tangga ke-10 namun disebabkan Marquez yang dikenakan penalti 30 saat (lalu jatuh ke tangga ke-18), beliau naik satu kedudukan tangga ke-9

BACA: “MARQUEZ TELAH ROSAKKAN MOTOGP”-ROSSI

Ini pencapaian Hafizh paling baik setakat ini (walaupun dipintas pada selekoh terakhir semalam). Kalau tidak, dapat tempat ke-7 dah semalam!

Tapi kita semua patut bersyukur dengan kejayaan ini. Seluruh warga mekanika pun senyum girang masuk pejabat hari ni!

Tahniah Pescao!

POS PELUMBA PASUKAN MOTOSIKAL MASA
1 Cal Crutchlow LCR Honda Honda 40m36.342s
2 Johann Zarco Tech3 Yamaha Yamaha 0.251s
3 Alex Rins Suzuki Suzuki 2.501s
4 Jack Miller Pramac Ducati Ducati 4.390s
5 Maverick Vinales Yamaha Yamaha 14.941s
6 Andrea Dovizioso Ducati Ducati 22.533s
7 Tito Rabat Avintia Ducati Ducati 23.026s
8 Andrea Iannone Suzuki Suzuki 23.921s
9 Hafizh Syahrin Tech3 Yamaha Yamaha 24.311s
10 Danilo Petrucci Pramac Ducati Ducati 26.003s
11 Pol Espargaro KTM KTM 31.022s
12 Scott Redding Aprilia Aprilia 31.891s
13 Takaaki Nakagami LCR Honda Honda 32.452s
14 Franco Morbidelli MVDS Honda Honda 42.061s
15 Jorge Lorenzo Ducati Ducati 42.274s
16 Alvaro Bautista Aspar Ducati Ducati 42.625s
17 Thomas Luthi MVDS Honda Honda 43.350s
18 Marc Marquez Honda Honda 43.860s
19 Valentino Rossi Yamaha Yamaha 52.082s
20 Karel Abraham Aspar Ducati Ducati 1m03.944s
21 Xavier Simeon Avintia Ducati Ducati 1m10.144s
Bradley Smith KTM KTM DNF
Aleix Espargaro Aprilia Aprilia DNF
Dani Pedrosa Honda Honda DNF
Google ads
Back to top button