Buletin

MENGINAP DI HOTEL DAN PANDU LAMBORGHINI HURACAN PERCUMA!

Di Hongkong ada sebuah hotel bernama Peninsula yang menawarkan servis pertukaran lapangan terbang menggunakan kereta Rolls Royce Phantom. Ia pernah viral tak lama dahulu dan perkhidmatan mewah ini diperluaskan di satu lagi rangkaian hotel mereka di Shanghai.

Peninsula Hotel Shanghai lebih istimewa kerana ada model vintaj asli Rolls Royce Phantom tahun 1934. Memang permintaan untuk perkhidmatan mewah ini meningkat dan datang darinpelbagai latarbelakang, ia kemudiannya ditambah dengan model BMW 7 series dan Mini Cooper S.

Lambo drive hotel (2)

Di Amerika lain pula ceritanya, Hotel Waldorf Astoria Park City mengambil pendekatan yang berbeza. Mereka menjalinkan kerjasama dengan Lamborghini dengan menawarkan sesi memandu secara percuma. Bukanlah model “ayam”, tapi Lamborghini Huracan 580-2 dan Huracan Spyder!

Ia sebahagian dari kempen Waldorf Astoria Driving Experience di mana pelanggan akan berpeluang memandu selama 30 minit di laluan yang telah ditetapkan. Mereka akan ditemani kakitangan yang terdiri dari pemandu profesional dari Lamborghini.

Lambo drive hotel (3)

Waldorf Astoria Hotels & Resorts mempunyai 6 cawangan di Amerika dan kempen ini akan diteruskan ke destinasi berikutnya, Bandaraya New York. Ia juga akan diperluaskan ke destinasi Waldorf Astoria yang terletak 2 di Eropah (Rom dan Versailles), Beijing, Dubai dan Rasal Khaimah di Timur Tengah.

Kepada yang rasa ada perancangan nak melancong ke Dubai atau Beijing bolehlah semak jadual kempen ini. Mana tau boleh dapat peluang bawak Huracan ye tak?

Google ads
Back to top button