Buletin

MERCEDES-BEN MALAYSIA CATAT REKOD JUALAN 1H 2018 TERBAIK – 6,790 UNIT TERJUAL, NAIK 15% BERBANDING 1H 2017

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada Speruh pertama (1H) 2018 apabila berjaya menyerahkan 6,790 unit kenderaan dalam tempoh tersebut.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Sekali gus membolehkan jenama premium ini menguasai 2.5 peratus perkongsian pasaran.

Setakat ini, model limosin yang dihasilkan di kilang Mercedes-Benz di Pekan iaitu C-, E-, dan S-Class merekodkan jualan 4,322 unit. Sementara model kompak premium iaitu A-Class, B-Class, GLA-Class dan CLA-Class mencatat jualan 996 unit.

Kedua-dua segmen itu menyaksikan peningkatan sebanyak 18 dan 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Rangkaian model SUV kekal memacu pertumbuhan apabila merekodkan jualan 1,291 unit, naik empat peratus berbanding Q1 2017. Koleksi Mercedes-Benz Dream Cars juga menunjukkan perkembangan positif dengan 181 unit terjual.

“Menjadi peneraju pasaran bukanlah matlamat utama, walaupun keputusan 1H 2018 nampak cukup meyakinkan. Keutamaan kami adalah untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner.

Bagi menambah baik tawaran produknya, MBM baru-baru ini melncarkan model berprestasi tinggi Mercedes-AMG C 43 dan Mercedes-AMG GLC 43 pemasangan tempatan.

Pelancaran model baharu itu turut disokong oleh pengenalan Latihan Jenama AMG untuk jualan dan khidmat pelanggan yang pertama di luar Jerman.

Pengenalan jenama EQ menerusi C 350 e dan E 350 e plug-in hybrid sebagai model EQ Power pula menunjukkan komitmen MBM terhadap mobiliti masa depan. Usaha itu diperkukuhkan lagi denga pengembangan rangkaian pengecasan EQ du seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan insurans meraikan dilihat meneruskan pertumbuhan pada 1H 2018 apabila menctat portfolio servis berjumlah lebih RM2.5 bilion.

MBSM dilapor membiayai 4 dari 10 unit Mercedes-Benz yang dijual di Malaysia. Bukan itu sahaja, MBSM juga mengembangkan tawaran produknya apabila melancarkan Drive 360 Plans yang menggabungkan pembiayaan Agility, pakej servis dan insurans ke dalam satu bayaran bulanan mudah.

Bagi mempelbagaikan sumber dana, MBSM baru-baru ini telah melancarkan bond korporat bernilai RM3 bilion. MBSM yang menerima penarafan kredit AAA daripada agensi penarafan bebas RAM menawarkan bond pertamanya bernilai RM250 juta dan diterima baik oleh para pelabur tempatan.

Google ads
Back to top button