Buletin

MERCEDES-BENZ E 300 AMG LINE – SERAHAN BERMULA Q3 2018, RM388,888 SEUNIT

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu dalam keluarga E-Class, E 300 AMG Line.

Model tersebut akan menggantikan E 350 e plug-in hybrid dan ditawarkan bersama varian E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde, E 250 Exclusive, Mercedes-AMG E 43 serta Mercedes-AMG E 63 S.

Sama sepert semua model  E-Class, sedan ini dipasang tempatan. Sedan eksekutif premium itu didatangkan dengan pelbagai ciri mewah seperti kemasan kulit Nappa, sistem bunyi keliling Burmester, lampu utama Multibeam LED pintar dan dua paparan antara muka bersaiz 12.3 inci.

E 300 AMG Line dikuasakan oleh enjin empat selinder yang mampu menjana kuasa mencecah 245hp dan tork maksimum 370Nm dari 1,200 – 4,000rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 9G-Tronic 9 kelajuan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Dengan prestasi seperti sebuah kereta sports, sedan ini boleh memecut 0 – 100km/j dalam masa hanya 6.2 saat dengan pecutan 250km/j. Suspensi AGILITY CONTROL dengan sistem pilihan redaman pasif menjanjikan pemanduan yang mantap dan selesa di atas apa jua permukaan jalan.

Suis DYNAMIC SELECT membolehkan pemandu memilih empat mode pemanduan iaitu Comfort, ECO, Sport dan Sport +. Manakala pilihan Individual pula memberi peluang kepada pemandu membuat talaan berdasarkan kepada kecenderungan masing-masing.

Parking Pilot dengan kamera 360° menawarkan pandangan keliling kenderaan pastinya memudahkan urusan memarkir. Maklumat daripada kamera dan Parking Pilot dipaparkan dalam format HD sepenuhnya. Selain itu, penampilam E 300 AMG Line diserlahkan menerusi penggunaan rim aloi AMG bersaiz 20 inci.

Penyerahan E 300 AMG Line kepada pelanggan dijangka bermula Q3 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button