MERCEDES-BENZ E-CLASS E200, E 250 & E 250 EXCLUSIVE CKD – HARGA BERMULA RM348,000

SHARE

Berikutan kejayaan selepas diperkenalkan pada Jun tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam melancarkan E-Class pemasangan tempatan (CKD).

E-Class CKD ditawarkan dalam tiga varian iaitu E 200 Avantgarde Line, E 250 Avantgarde Line dan E 250 Exclusive Line. Harganya pula bermula daripada RM348,000 untuk E 200 Avantgarde Line, RM378,888 (E 200 Avantgarde Line) dan RM383,888 bagi varian E 250 Exclusive Line (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans).

Semua model tersebut dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0 liter. Namun, tujahan kuasanya berbeza dengan E 200 Avantgarde Line tampil dengan kuasa 184hp. Manakala dua lagi varian berkuasa 211hp ddengan tork maksimum 300 dan 350Nm.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 5.9 liter untuk setiap 100km.

“E-Class telah menjadi model CBU paling laris kami setakat ini. Dengan pengenalan model CKD, kami yakin dapat mengukuhkan posisi selaku peneraju jenama premium mewah di Malaysia,” kata Naib PresidenJualan & Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine.

Selain enjin, spesifikasi model CKD dan CBU tiada sebarang perubahan. Ruang kabinnya masih dilengkapi skrin paparan bersaiz 12.3 inci pada bahagian atas konsol tengah. Pemandu boleh memilih antara tiga gaya iaitu Classic, Sport dan Progressive.

Atmosfera kabin juga dipertingkat menerusi 64 warna lampu LED yang boleh dipersonalisasi pada bahagian kemasan, paparan tengah, ruang penyimpanan hadapan dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan, E-Class dilengkapi pelbagai sistem seperti Active Brake Assist dan ATTENTION ASSIST sebagai ciri standard. Turut dipasang ialah ialah sistem PRE-SAFE, Parking Pilot, PRE-SAFE Sound dan lampu utama Multibeam.

Jika berminat, anda boleh memanfaatkan pembiayaan menarik menerusi Mercedes-Benz Financial. Pelanggan hanya perlu membayar RM5,042* sebulan untuk memiliki sebuah E 200 Avantgarde Line.

*Berdasarkan kepada pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia, 10 peratus bayaran muka, pinjaman selama 36 bulan dan perbatuan 20,000km setahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

BACA: LELAKI RUSIA UBAH MERCEDES-BENZ S-CLASS JADI UTE

BACA: SI KUDA BESI – MERCEDES-BENZ 190E 

GALERI

Share this post

scroll to top