Buletin

MERCEDES-BENZ GLC 250 SKD – RM325,888!

Selepas berjaya melancarkan rangkaian SUV premium pada Januari lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam memperkenalkan pula model pemasangan tempatan GLC 250 4MATIC.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (1)

Langkah untuk memasang GLC 250 4MATIC di kilang MBM Pekan diambil berikutan rangkaian model SUV Mercedes-Benz mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sehingga kini, lebih 700 unit SUV telah berjaya dijual dan angka itu terus menunjukkan peningkatan positif

SUV saiz sederhana itu ditawarkan pada harga anggaran RM325, 888 seunit. Kalau diteliti, harga itu hanya RM3,000 lebih murah berbanding varian GLC AMG Line yang diimport sepenuhnya (CBU) dan sama dengan harga varian GLC 250 Exclusive CBU.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (12)

Jadi apa manfaat yang diperoleh oleh pengguna tempatan untuk proses pemasangan tempatan ini? Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa model ini bukan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD), tetapi semi pemasangan tempatan (SKD).

Maksudnya, panel dan badan kenderaan dibawa masuk ke Malaysia dan keadaan yang sudah dipateri serta dicat, sebelum dipasang di kilang MBM di Pekan, Pahang. Biarpun begitu, operasi CKD untuk model ini akan dimulakan sebaik sahaja bahagian mengecat (paint shop) dibina di kilang tersebut.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (9)

Namun, apa yang lebih penting ialah model SKD ini hadir dengan lebih banyak ciri tambahan berbanding unit GLC 250 Exclusive CBU. Antara yang dipasang ialah bodykit AMG, merangkumi bampar hadapan, belakang, pemijak sisi, ekzos berkembar, rim aloi bersaiz 20 inci dan banyak lagi.

Untuk membuatkan bahagian dalaman SUV ini terasa lebih cerah dan luas, bumbungnya dipasang dengan bumbung suria panoramik.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (2)

Touchpad dengan Controller pada konsol tengah bagi memudahkan lagi kawalan sistem infotainmen kenderaan. Selain itu, lampu ambien yang memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpangnya. Lampu keliling dengan pancaran logo Mercedes-Benz juga diberikan.

Ruang kabin model SKD ini menerima pakej ruang penyimpanan tambahan. Ia boleh didapati pada bahagian perehat tangan. Penumpang belakang boleh menyimpan barangan nipis seperti tablet atau majalah pada poket kerusi hadapan. Di ruang kargo, satu kotak yang boleh dilipat dan jaring ada disediakan.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (3)

Aspek mekanikal SUV itu tidak berubah. Model itu digerakkan oleh sistem pacuan semua roda 4MATIC bersama enjin bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 211hp dan torn 350Nm.  Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 9G-TRONIC sembilan kelajuan.

Melihat kepada sistem keselamatan dan bantuan pemanduan pula, GLC 250 4MATIC hadir bersama Sistem Lampu LED Pintar, sistem PRE-SAFE dan COLLISION PREVENTION ASSIST PLUS.

Mercedes-Benz-GLC-250-4MATIC-SKD-mekanika (4)

Untuk memberikan pengalaman mendengar muzik yang terbaik, varian ini dipasang dengan sistem bunyi keliling Burmester® dengan 13 unit pembesar suara.

“Kami yakin dengan pengenalan model SKD baharu ini, Mercedes-Benz Malaysia akan dapat mencapai jualan yang lebih baik berbanding tahun 2015 iaitu sebanyak 10,845 unit kenderaan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine.

Google ads
Back to top button