Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA CATAT REKOD Q3 2018 TERBAIK – 10,143 UNIT KENDERAAN TELAH DISERAHKAN SEHINGGA KINI

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini mengumumkan bahawa ia mencatat prestasi suku ketiga yang terbaik apabila 10,143 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan sejak awal tahun 2018 hingga kini.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Perkongsian pasaran pula naik kepada 2.5 peratus. 

Setakat ini, model limosin keluaran tempatan iaitu Mercedes-Benz C-, E- dan S-Class secara kolektifnya merekodkan jualan sebanyak 6,344 unit.

Sementara rangkaian kereta kompak yang terdiri daripada Mercedes-Benz A-Class, B-Class, GLA-Class dan CLA-Class merekodkan jualan 1,268 unit. Kedua-dua segmen ini mencatat peningkatan 21.1 dan empat peratus berbanding 3Q tahun lalu. 

Rangkaian SUV kekal menjadi pemacu pertumbuhan dengan jualan 1,960 unit, naik 3.4 peratus. Koleksi Mercedes-Benz Dream Cars pula menyaksikan peningkatkan paling besar dengan 40 peratus apabila 570 unit berjaya dijual.

MBM mengakui bahawa rekod memberangsangkan pada 3Q 2018 banyak disumbangkan oleh tempoh ‘tanpa cukai’ selama tiga bulan (Jun hingga Ogos) yang diumumkan oleh kerajaan.

Bagi memastikan momentum jualan yang positif, MBM dijadual melancarkan enam odel baharu pada suku keempat tahun ini. Antara model yang cukup ditunggu-tunggu ialah A-Clas baharu dan C-Class versi facelift.

Unit pembiayaan MBM, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) dilihat meneruskan pertumbuhannya pada 3Q 2018 dengan portfolio berjumlah RM2.5 bilion.

MBSM bertanggungjawab membiayai empat daripada 10 pembelian kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia.

Menyentuh tentang prestasi servis pula, rangkaian pengedar MBM mencatatkan volum penyelenggaraan sebanyak 109,927 unit kenderaan daripada 31 buah pusat servisnya,

Google ads
Back to top button