Buletin

MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR JENAMA MOBILITI ELEKTRIK BAHARU – EQ

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan jenama mobiliti elektrik yang baru, EQ ke pasaran tempatan.

EQ yang merujuk kepada “Electric Intelligence” itu turut merangkumi model Mercedes-AMG dan Mercedes-Maybach.

MBM sebelum ini ada menawarkan model Mercedes-Benz S 400 h dan Mercedes-Benz E 300 Bluetec hybrid. Tawaran itu kemudian dikembangkan dengan model plug-in hybrid MercedesBenz C 350 e dan E 350 yang kini dikenali sebagai produk EQ Power.

“EQ bukan sekadar kenderaan, tetapi turut melibatkan satu ekosistem yang direka untuk menawarkan nilai terbaik, kemudahan dan kemewahan kepada para pelanggan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine.

Dalam perkembangan berkaitan, Mercedes-Benz Services Malaysia memperkenalkan pakej EQ Agility Care sepanjang tempoh pemilikan EQ Power C 350 e atau EQ Power E 350 e.

Bagi tempoh pemilikan lebih tiga hingga lima tahun, pelanggan akan menikmati servis dan penyelenggaraan berjadual serta pengecas wallbox yang dipakejkan bersama kenderaan mereka.

Selepas pelancaran stesen mengecas di Bangsar Shopping Centre, MBM dilihat mengukuhkan komitmennya terhadap inisiatif EEV menerusi operasi stesen pengecasan baharu di Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur dan Desa Park City.  

Sama seperti strategi model plug-in hybrid, semua stesen pengecasan itu akan dikenali sebagai kemudahan EQ.  

Google ads
Back to top button