Buletin

MERCEDES-BENZ MSIA CATAT JUALAN TERBAIK DLM SEJARAH

Tahun 2015 menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan buat Mercedes-Benz Malaysia (MBM).

Mercedes-Benz-malaysia-performance-2015-mekanika (5)

MBM menyerahkan 10,845 unit kenderaan kepada pelanggan berbanding 6,932 unit pada tahun sebelumnya, sekali gus mencatat kenaikan sebanyak 56 peratus.

Ini merupakan jualan paling tinggi dalam sejarah MBM. Peningkatan yang memberangsangkan itu dipacu oleh model C-Class, E dan S-Class.

Mercedes-Benz-malaysia-performance-2015-mekanika (1)

Peningkatan yang memberangsangkan itu dipacu oleh model C-Class, E dan S-Class pemasangan tempatan (CKD)

Model CKD 2015 % berbanding 2014
C- Class 2,697 + 56%
E-Class 3,383 +53%
S-Class 1,909 + 201%

Model kompak Mercedes-Benz juga menyaksikan pertumbuhan sebanyak 21 peratus. CLA menctat jualan tertinggi dengan 959 unit, diikuti oleh A-Class dengan 832 unit dan GLA 816 unit. Secara keseluruhannya, segmen ini menyumbang jualan berjumlah 2,811 unit.

Menyentuh tentang model berprestasi tinggi atau MBM namakan sebagai koleksi Dream Cars (AMG GT S, S-Class Coupe), sebanyak 379 unite berjaya dijual.

Mercedes-Benz-malaysia-performance-2015-mekanika (4)

“Kejayaan tahun 2015 banyak disumbangkan oleh kilang pengeluaran kami di Pekan yang berjaya menghasilkan sehingga 7,710 unit kenderaan pada tahun 2015 sahaja. Ia menjadi kilang CKD pertama di dunia yang berjaya mengimplementasikan dua shift pengeluaran demi meningkatkan produksi model C-Class dan S-Class,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr. Claus Weidner.

MBM juga memiliki rangkaian pengedar automotif premium paling besar dengan 28 pengedar rasmi di seluruh negara, melibatkan pelaburan lebih RM350 juta.

Mercedes-Benz-malaysia-performance-2015-mekanika (2)

Ditanya mengenai prospek untuk tahun 2016, Naib Presiden Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine yakin bahawa pihaknya mampu mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen premium di Malaysia. Biarpun di sebalik iklim ekonomi yang kian mencabar. Tahniah!

Google ads
Back to top button