MERCEDES X-CLASS YANG DITALA OLEH BRABUS. NAVARA BOLEH SALIN TAK?

SHARE
Brabus ialah penala terkenal bagi Mercedes-Benzes. Dan Mercedes pula membuat kereta. Tapi nanti dulu. Mercedes Benz juga membuat lori. dan yang terbaru Mercedes juga membuat trak pikap ini, X-Class
 

Adakah Brabus juga menala trak pikap ini?
 
 
Jawapannya. Ya. 
 
Seperti biasa, ia bermula di bahagian enjin. Untuk model 250d, Brabus menawarkan peningkatan prestasi D4 PowerXtra yang menambah kuasa tambahan sebanyak 20 kuasa kuda (15 kW) dan tork 42 lb-ft (60 Nm).
 
Itu menjadikan enjin turbodiesel 2.3 liter asal kepada 208 hp (155 kW) dan 376 lb-ft (510 Nm).
 
Hasilnya, kadar pecutan telah diperbaiki kepada 11.5 saat untuk mencapai kelajuan 62 batu sejam (100 km/j).
 
Sekiranya itu tidak mencukupi, Brabus turut menawarkan peningkatan untuk model 350d.
 
Selain daripada peningkatan enjin, penala Jerman juga menawarkan pelbagai peningkatan estetik. Ia termasuk roda yang diameter 20 inci, bodykit dan kemasan dalaman.
 
Dari bahagian hadapan, gril telah direka berbentuk honeycomb yang baru, dan dipasangkan dengan plat pengawal di bawah bumper depan.
 
Terdapat lampu tambahan LED yang baru dan lampu bumbung dan juga set sistem ekzos yang baru.
 
Pelanggan juga boleh memilih untuk naik taraf bahagian dalaman secara ekseklusif. Ia termasuk trim keluli tahan karat, aluminium, kulit dan Alcantara.
 
Tapi. Ia masih sebuah pikap kan?
 
Yang menggunakan platform Nissan Navara.
 
GALERI

Share this post

scroll to top