Buletin

MESEJ KESELAMATAN JALAN RAYA TOYOTA

UMW Toyota memulakan kempen keselamatan jalan raya selama setahun untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara tersebut. 

Road-Safety-Awareness-Message-Toyota-mekanika (2)

Kempen itu dilaksanakan menerusi pelbagai siri aktiviti di outlet terpilih Toyota. Inisiatif dengan tema ‘Safety is Love’ itu bertujuan menunjukkan bahawa Toyota ialah sebuah pengeluar kenderaan yang mengambil berat terhadap para pengguna jalan raya.

“Keselamatan sememangnya satu elemen penting dalam operasi keseluruhan syarikat. Setiap kenderaan Toyota dilengkapi ciri keselamatan yang menjadikannya pilihan ramai pengguna.

“Tetapi, kemalangan jalan raya masih berlaku kerana faktor-faktor lain seperti sikap pemandu, kondisi jalan dan gangguan-gangguan lain,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

VIS03_TYT-SAFETY_BUNTING_A1

Justeru, inisiatif keselamatan jalan raya itu dilihat selari dengan usaha Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan kemalangan. Di samping  menggalakkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

Untuk mencapai matlamat ini, bunting yang memaparkan mesej keselamatan jalan akan dipamerkan di sema outlet Toyota sepanjang tahun. Selain bunting, ceramah-ceramah juga diadakan.

Kedua-dua aktiviti ini dijalankan mengikut tema tertentu. Dua suku pertama tahun ini memberi fokus kepada tali pinggang keledar – ‘Buckle Up, Stay Safe’ dan aspek kelajuan – ‘Watch Your Speed’.

FA_TYT-SAFETY_BUNTING_A2

Sementara tema yang digunakan sekarang ialah kepenatan – ‘Too Tired to Drive?, Take a Rest!’. Diikuti oleh tema gangguan – ‘Stay Alert, Arrive Safely’ untuk suku terakhir tahun ini.

Empat sesi ceramah juga telah diadakan di wilayah Tengah dan Sabah. Beberapa sesi berikutnya sedang dirancang. Para peserta sesi ceramah itu akan didedahkan dengan penyebab-penyebab utama kemalangan, tip-tip keselamatan serta apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan atau berdepan dengan kecemasan.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button