Buletin

MESIN BAHARU HMRT LEBIH MENGANCAM

Sempena perlumbaan Sepang 1000km 2014 (S1K) yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, pasukan Honda Malaysia Racing Team (HMRT) nampaknya sudah bersedia.  

HMRT-machine-S1K-2014-mekanika (2)

Pada tahun ini, HMRT mempertaruhkan dua jentera baharu iaitu Jazz dan City serba baharu yang diperkenalkan buat kali pertama dalam perlumbaan tersebut. Mesin-mesin itu akan dikenali sebagai Car 26 untuk Jazz dan Car 27 (City).

Melihat kepada rekod tahun lalu, pencapaian HMRT agak membanggakan apabila jentera perlumbaan Jazz generasi kedua berjaya menduduki tempat pertama dan kesembilan.

Honda-City-Car-27-S1K-mekanika (3)

“Pasukan HMRT telah bekerja keras untuk menyiapkan kereta ini sejak Mac lagi. Kami mengambil keputusan berlumba menggunakan City pada tahun ini kerana ia memenuhi kriteria untuk bersaing dalam Kelas 1,600cc.

“Lagi pun City berkongsi platform yang sama dengan Jazz. Jadi ia boleh menjadi jentera lumba yang bagus selepas modifikasi dibuat terutama pada bahagian suspensinya,” kata Pengarah Pasukan HMRT, Akkbar Danial.

Honda-Jazz-Car-26-S1K-mekanika (2)

Jazz dan City mempunyai platform serta chasis yang bagus. Ini membolehkan pasukan membina jentera lumba yang berkemampuan tinggi ketika mngambil selekoh.

Pasukan HMRT menimba banyak pengalaman dan pengetahuan teknikal selepas membina dua buah Jazz untuk perlumbaan sama tahun lalu. Harus tahu bahawa pasukan itu terdiri daripada 42 orang kakitangan Honda yang memegang jawatan sepenuh masa di Honda Malaysia.

Honda-City-Car-27-S1K-mekanika (2)

Tahun ini menyaksikan HMRT dibarisi oleh pelumba sama iaitu Eddie Lew, Aaron Lim dan Farriz Fauzy (pelumba keempat akan diumumkan kelak). Mereka memiliki pengalaman berlumba selama lebih sepuluh tahun dalam pelbagai perlumbaan dan dua tahun untuk S1K.

Honda-Jazz-Car-26-S1K-mekanika (1)

“Objektif HMRT adalah untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran kakitangan Honda menerusi penglibatan dalam sukan bermotor tempatan. Honda Malaysia akan terus komited terhadap aktiviti sukan perlumbaan dengan menawarkan sokongan dan sumber kepada HMRT demi mengukuhkan jenama dalam aktiviti perlumbaan tempatan serta berkongsi keterujaannya bersama rakyat Malaysia,” tambah Akkbar.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button