MFORCE LANCARKAN JENAMA WMOTO DAN MODEL PERTAMA – CUB CLASSIC 110

SHARE

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan satu lagi jenama motosikal tempatan yang dinamakan Wmoto atau Wawasan Moto selepas pelancaran jenama pertama Mforce Bike Holdings iaitu SM Sport yang diperkenalkan pada 2017. Model pertama yang dilancarkan oleh WMoto – Cub Classic 110 adalah motosikal yang bergaya moden klasik dengan rekabentuk unik dan tersendiri.

WMoto Cub Classic 110 dilengkapi enjin silinder tunggal,4-lejang, EURO3dengan kapasiti enjin 109.2 cc menghasilkan tork maksima 8.0Nm / 5500rpm, kuasa maksima 6.0kW / 7500rpm.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

WMoto Cub Classic 110 ini juga dilengkapi dengan penghidup enjin elektrik danpenendang kaki yang memudahkan proses menghidupkan enjin, satu soketpengecas USB dan turut dilengkapi lampu LED pada bahagian hadapan dan belakangyang terang untuk meningkatkan keselamatan penunggang. Sekiranya penunggang ingin menunggang motosikal ini secara bersendirian, pelana belakang motosikal ini juga boleh ditanggal.

Cub Classic ini dilengkapi brek gelendong pada bahagian hadapan dan belakang. Cub Classic 110 juga dilengkapi dengan suspensi terbalik (USD) pada bahagian hadapan dan penyerap hentak teleskopik untuk bahagian belakang. Beratmotosikal ini adalah 100kg dengan tangki bahan api berkapasiti 4 liter.

WMoto Cub Classic boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu matte merah, matte hijau dan matte hitam di semua kedai pengedar rasmi Mforce dengan harga jualanRM4,588.00. (tidak termasuk cukai jualan, yuran pendaftaran dan perkhidmatan (SST)& insuran).

Share this post

scroll to top