MICHEAL SCHUMACHER KOMA

SHARE

Juara tujuh kali Formula One, Michael Schumacher kini dilaporkan berada dalam keadaan koma dan ‘krititikal’ selepas terlibat dalam kemalangan ketika meluncur ski di banjaran Alps, Perancis Ahad lalu.

033187600_1216052725

Schumacher meluncur salji di pusat peranginan mewah Meribel. Di sana, beliau terjatuh dan kepalanya terhantuk batu. Beliau kemudian dikejarkan ke hospital dengan menggunakan helicopter dan seorang pakar bedah neuro, Dr. Gerard Saillant diterbangkan dari Paris untuk merawatnya.

Perkara itu disahkan oleh pihak hospital yang merawatnya di bandar Grenoble. Schumacher, 44, dikatakan mengalami trauma otak yang serius dan koma ketika dibawa ke hospital. Beliau juga terpaksa menjalani pembedahan serta-merta. Dua orang pegawai polis yang membantu Schumacher memberitahu, bekas pelumba F1 itu mengalami trauma cranial yang teruk.

101006fer

Figura F1 itu dijangka meraikan ulangtahun ke-45 tahun pada Jumaat depan. Schumacher yang memenangi gelaran juara dunia terakhir pada 2004 bersara sepenuhnya daripada dunia F1 selepas menamatkan perlumbaan dalam Grand Prix Brazil pada tahun 2012.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top