Buletin

MILLENNIUM WELT KUANTAN DILANTIK SEBAGAI WAKIL PENGEDAR BMW MOTORRAD DI KUANTAN

BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil BMW Motorrad terbaharunya di Kuantan dan kawasan Pantai Timur.

“Kami melihat potensi yang besar di kawasan Pantai Timur untuk motosikal premium.

“Millennium Welt merupakan rakan niaga yang bagus kerana mampu menawarkan pengalaman premium BMW kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.

Harus tahu bahawa Pantai Timur menyumbang jualan lebih 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk terus berkembang.

“Dengan pelantikan Millennium Welt Kuantan, kami mengalu-alukan lebih ramai penunggang dari rantau Pantai Timur untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley.

Millennium Welt sememangnya tidak asing dengan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Seremban. Selain menjadi wakil BMW di Batu Pahat dan Kuantan.

Millennium Welt Kuantan beroperasi di bilik pameran berkeluasan 28,000 kaki persegi dan terletak di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

Ia mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan BMW dan lapan buah motosikal BMW Motorrad.

Google ads
Back to top button