MINI 1499 GT – IMBAS SEMULA MODEL IKONIK MINI 1275 GT

SHARE

MINI sememangnya adalah sebuah jenama kenderaan yang unik dan ikonik. Ia adalah lambang kejuruteraan ringkas Britain. Dan seperti jenama automotif lain dari negara tersebut ia dimiliki oleh syarikat luar iaitu BMW. Jika dahulunya MINI adalah jenama orang kebanyakan, BMW mengangkat dan meletakkannya dalam segmen premium.

Walaupun sudah berada dalam segmen yang diluar kemampuan orang ramai tetapi satu yang kekal ialah bagaimana MINI masih mengekalkan warisan dan identitinya.

Sebagai contoh terbaru apabila MINI UK memperkenalkan MINI 1499 GT sebagai penghormatan kepada MINI 1275 GT yang dikeluarkan pada tahun 1969.

1499 GT dikuasakan oleh enjin tiga silinder Twin Power Turbo 102 hp dan mampu memecut dari kosong hingga 97 km/j dalam masa 10.1 saat.

Untuk pengendalian lebih jitu, model istimewa ini dipasangkan dengan suspensi sport manakala peralatan lain adalah sama seperti MINI One iaitu suspensi belakang bebas dan menariknya transmisi enam kelajuan manual dengan fungsi pemadanan kelajuan (rev match).

Bahagian luar 1499 GT dilengkapi pakej MINI John Cooper Works (JCW) Sport Pack yang terdiri dari roda aloi 17” Track Spoke berwarna hitam, cermin gelap dan lampu isyarat jernih.

Peralatan lain JCW ialah bamper depan dan belakang, skirt sisi, spoiler dua pisahan dan plet bingkai pintu.

Bahagian dalaman model ini turut dilengkapi peralatan JCW seperti kerusi sport dan stereng. Kemasan dalaman pula disudahi dengan warna Hitam Piano serta perincian Hitam Karbon dan Anthracite.

Hanya terdapat dua warna sahaja ditawarkan iaitu Pepper White atau Midnight Black. Untuk warna Midnight Black, model ini dipasangkan dengan pelekat sisi 1499 GT berwarna emas dan hitam untuk model Pepper White.

MINI 1499 GT dikeluarkan dalam jumlah terhad iaitu sebanyak 1,499 unit dan hanya dikeluarkan dari bulan November 2017 sehingga Februari 2018 sahaja.

Jumlah terhad dan pakej menarik ini dijangka dapat menjadi daya tarikan dan seterusnya mendapat permintaan tinggi.

Harga di atas jalan MINI 1499 GT hanya bermula dari GBP 16,990 atau bersamaan RM 94,638. Harga di UK untuk sebuah model ikonik ini tidaklah mahal sangat bukan? Sebab MINI di pasaran tempatan tidak pernah murah pun.

BACA: MINI YANG GEMUK – AUSTIN MINI ‘FAT BOY’

BACA: MINI JCW PRO EDITION – RM255,888

MINI 1275 GT:

MINI 1499 GT:

(Visited 761 times, 26 visits today)

Share this post

scroll to top