Buletin

MINI COUNTRYMAN JW DESIGN EDITION – RM242,888

Sempena meraikan kedatangan Tahun Baru Cina, MINI Malaysia hari ini memperkenalkan MINI Countryman JCW Design Edition.  

Model edisi terhad itumenampilkan rekaan agresif dan menjadi model aktiviti sukan premium kompak untuk kegunaan harian.

“Sekali pandang sahaja, anda sudah tahu bahawa MINI Countryman JCW Design Edition ini memiliki penampilan yang mantap. Ia direka untuk para peminat MINI dan diinspirasikan oleh prestasi dan sukan bermotor,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

BACA: INOVASI MINI HYPERCAR DOOR

BACA: MINI KLASIK ENJIN JEPUN

MINI Countryman JCW Design Edition akan hadir di semua pengedar sah MINI di seluruh negara bermula hari ini sehingga 31 Mac 2017.  Program pemilikan eksklusif untuk varian baharu itu menawarkan kadar faedah pembiayaan serendah 1.25 peratus.

Ia turut merangkumi Ultimate Protection Programme dan Enhanced Road Warrior oleh MINI Insurance (disediakan oleh Allianz General Insurance Company Malaysia). Di samping jaminan perbatuan tanpa had selama 5 tahun dengan servis berjadual percuma.

Kit Aerodinamik John Cooper Works memberikan MINI Countryman JCW Design Edition penampilan yang mantap dan berkuasa. Kit penuhnya merangkumi splitter hadapan, skirting sisi, ketutup sisi, peresap belakang dan kemasan pintu yang membuatkan kereta ini kelihatan begitu sporty berbanding model standard.

Jentera itu juga dipasang dengan jalur John Cooper Works Sport Stripes dari bahagian hadapan hingga ke belakang serta pada sisi kereta. Bukan itu sahaja, ia menjadi satu-satunya MINI yang menawarkan lampur projektor LED MINI pada pintu yang boleh ditukar. Selain logo MINI, ia juga hadir dengan rekaan bendera Union Jack dan  John Cooper Works.

MINI Countryman JCW Design Edition dijana oleh enjin berkuasa 190hp. Ia mampu mencatat kelajuan 100km/j dari kedudukan pegun dalam masa hanya 7.8 saat dengan pecutan maksimum 212km/j. Enjin itu juga menawarkan kuasa tork mencecah 240Nm hingga 260Nm dengan Fungsi Overboost.

Di bahagian kabin, model ini dipasang dengan MINI Visual Boost dengan skrin LCD warna beresolusi tinggi bersaiz 6.5 inci. Sama seperti model MINI yang lain, kereta ini hadir dengan pendingin hawa automatik.

Dengan ciri Park Distance Control, urusan masuk dan keluar dari ruang parkir yang sempit menjadi lebih mudah. Satu lagi ciri yang sangat membantu untuk pemanduan di bandar dan dapat diaktifkan dengan hanya menekan butang Sport Button, ia akan menukar maklum balas enjin dan kuasa tambahan kemudian disalurkan kepada stereng.

Karekter MINI Countryman JCW Design Edition yang versatil dipertingkatkan lagi menerusi ruang but seluas 350 liter. Ia boleh ditambah menjadi 1,170 liter apabila tempat duduknya dilipat. Setiap tempat duduk belakang yang boleh dilipat dengan konfigurasi 40:20:20 juga boleh boleh ditolak 13cm ke hadapan untuk memberi ruang but yang lebih besar.

Dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat, perubahan susunan tempat duduk boleh dibuat untuk menempatkan lebih banyak kargo tanpa perlu mengorbankan aspek keselesaan penumpang. Ia juga dilengkapi satu lantai kompartmen rata yang menawarkan ruang penyimpanan ekstra dan versatil di bawah lantai kargonya.

MINI Countryman JCW Design Edition didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, merah, biru dan hijau. Semuanya dilengkapi bumbung dan perumah cermin sisi berwarna hitam.

Harga runcit (di atas jalan tidak termasuk insurans) MINI Countryman JCW Design Edition ialah RM242,888.00 seunit.

Google ads
Back to top button