Buletin

MINI HASILKAN PAPAN LUNCUR

MINI dan pembuat papan luncur terkenal, Channel Islands mengumumkan kolaborasi untuk menghasilkan papan luncur.

 THE-MINI-mekanika (5)

Produk itu akan dihasilkan di kilang Channel Islands di Santa Barbara, Amerika Syarikat. Pasukan pembangunan papan luncur ini terdiri daripada Ketua Reka Bentuk Luaran MINI, Christopher Weil dan peluncur profesional, Kalani Robb.

THE-MINI-mekanika (10)

“Sejak sekian lama, saya menunggu peluang untuk menghasilkan papan luncur yang menawarkan keseronokan seperti sebuah MINI di atas jalan raya. Untuk membina papan luncur yang pantas dan lincah, reka bentuknya memang istimewa,” kata Robb.

THE-MINI-mekanika (8)

Dikenali sebagai THE MINI, ini merupakan papan lucur pertama direka oleh MINI. Ia dikatakan ideal untuk digunakan di pantai Perancis, Sepanyol, Portugal dan di mana-mana sahaja.

THE-MINI-mekanika (12)

Lebih menarik lagi, corak papan luncur ini boleh diubah suai mengikut gayaan MINI. THE MINI akan ditawarkan di beberapa cawangan terpilih dan kedai dalam talian Channel Islands mulai Jun 2015 pada harga €750 (RM4,052) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button