Buletin

MINI TAWAR SERVIS “MINI YOURS CUSTOMIZED”

Kita memang tahu bahawa MINI memang menawarkan banyak pilihan custom atau aksesori kepada para pelanggannya.

Kini, MINI menambah keterujaan itu apabila memperkenalkan perkhidmatan “MINI Yours Customized”.

Direka untuk menarik minat penggemar ubah suai, perkhidmatan tersebut membolehkan para pemilik MINI untuk membina komponen unik menerusi satu kedai dalam talian khas.

Sebaik sahaja pelanggan menghasilkan alat ganti mereka sendiri, ia akan dibina menggunakan prosedur seperti cetakan 3D dan lazer. Alat ganti tu kemudian dihantar ke pelanggan, mereka boleh memasangnya sendiri atau pergi mana-mana pengedar sah MINI.

Perkhidmatan ini akan ditawarkan di Eropah dan pasaran lain. Ia membolehkan pemilik menghasilkan scuttle sisi dalam warna putih, merah, hitam, kelabu atau putih matte.

Menurut MINI pilihan custom itu tiada hadnya, kerana mereka boleh menghasilkan apa sahaja termasuklah nama atau nombor kegemaran.

Satu lagi pilihan iala projektor pintu yang boleh diubah suai mengikut corak yang anda gemari.

Google ads
Back to top button