Buletin

MITSUBISHI MIRAGE 2017

Mitsubishi Motors Amerika Utara, Inc. (MMNA)  mengumumkan butiran lengkap model baharu Mirage 2017. Model tersebut kini didatangkan dengan reka bentuk luaran baharu, tawaran prestasi lebih baik dan ruang dalaman dipertingkatkan.

mitsubishi-Mirage-2017-mekanika (2)

Bakal dipasarkan pada musim bunga 2016, penampilan Mirage nampak lebih segar. Mitsubishi melakukan kemas kini pada bahagian hud, bampar hadapan dan belakang, lampu kabus, lampu hadapan, spoiler belakang serta rim aloi.

Bentuk luaran lebih aerodinamik bagi mengoptimumkan penggunaan minyak dan mengurangkan berat jentera. Satu gabungan ideal dari segi  bentuk dan fungsi sesebuah kenderaan.

mitsubishi-Mirage-2017-mekanika (4)

Pada bahagian kabin, Mirage menerima rekaan baharu pada kerusi fabrik, kluster peralatan, stereng dan panel shift. Untuk hiburan, Mitsubishi menggunakan  sistem audio Rockford-Fosgate™ 300-watt dengan EcoPunch.

Ciri berkenaan disokong dengan oleh sistem ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto. Mirage menjadi kenderaan Mitsubishi pertama menerima sistem hiburan sedemikian di Amerika Syarikat.

mitsubishi-Mirage-2017-mekanika (3)

Di bawah hud, Mirage masih menggunakan enjin 1.2 liter 3-silinder DOHC. Ia dipadankan dengan versi terkini sistem pemasaan boleh ubah, Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (MIVEC).

Teknologi tersebut menawarkan penggunaan bahan bakar dan output di tahap optimum. Pada masa sama meminimumkan pengeluaran emisi.

mitsubishi-Mirage-2017-mekanika (5)

Kuasa Mirage turut ditingkatkan kepada  78hp dan tork  74 lb-ft hasil talaan pada camshaft tersebut.

Peningkatan turut dilakukan pada aspek pengendalian dan brek Mirage. Mitsubishi mengoptimumkan nisbah pegas gegelung dan daya redaman penyerap hentak. Ini menambah kekerasan bahagian hadapan bagi menambah baik kualiti pengendalian dan kestabilannya.

mitsubishi-Mirage-2017-mekanika (7)

Selain itu, cakera brek lebih besar bersaiz 251mm digunakan pada roda hadapan. Sementara saiz brek gelendong  pada roda belakang meningkat 23mm menjadi 203mm. Material yang digunakan pada pad brek juga berubah untuk prestasi lebih baik.

Demi ketenangan jiwa pemilik, Mirage dipadankan dengan barisan keselamatan aktif dan pasif. Antaranya termasuklah tujuh beg udara, 4-wheel anti-lock brakes (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist, Tire Pressure Monitoring System (TPMS), Active Stability Control (ASC), Traction Control Logic (TCL) dan Hill Start Assist (HSA).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button