MITSUBISHI OUTLANDER KINI LEBIH MEWAH

SHARE

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan SUV Mitsubishi Outlander yang telah dipertingkatkan secara rasmi.

Ciri-ciri baru yang lebih mewah itu termasuklah brek parkir elektronik, lampu iluminasi pada lantai ruang kabin dan antena jenis shark fin.

Sedia maklum bahawa Outlander sudahpun hadir bersama beberapa ciri premium seperti bumbung suria, pintu belakang elektrik dengan anti-pinch, lampu utama LED dan lampu nyalaan siang (DRL) serta rim aloi dua tona bersaiz 18 inci.

Masuk ke ruang kabin, Outlander dilengkapi tujuh tempat duduk dibalut kulit, selain lampu dan pengesan hujan automatik. Didatangkan dalam pacuan empat roda (4WD) sahaja, Outlander yang merupakan unit CBU dari Jepun ditawarkan pada harga RM171,000 seunit. Ia juga hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Dari segi keselamatan, Outlander dipasang dengan tujuh beg udara, Active Stability and Traction Control (ASTC), Hill-Start Assist (HSA), ABS dengan EBD dan ISOFIX.

SUV itu dijana oleh enjin MIVEC bersesaran 2.4 liter berkuasa 167PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 222Nm @ 4,100rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT enam kelajuan.

Menawarkan penjimatan penggunaan bahan api sekitar 12.8km/l, system 4WD multi-select itu mempunyai tiga mode berbeza iaitu 4WD ECO, 4WD Auto dan 4WD Lock.

Praktikaliti Outlander dipertingkatkan wengan ruang kargo seluas1,608 liter dan nisbah pusingan 5.3 meter. Outlander didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu merah, putih dan kelabu.

BACA: PANDU UJI MITSUBISHI TRITON ADVENTURE X – TRAK PIKAP MODEN UNTUK SEMUA

BACA: PERJALANAN HIDUP MITSUBISHI 100 TAHUN

Share this post

scroll to top