Buletin

MITSUBISHI TRITON KNIGHT EDITION – RM122,487

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan Triton Knight yang terhad kepada 120 unit sahaja. Triton Knight dibina berasaskan kepada varian Triton VGT Adventure dan hadir dengan warna putih mutiara.

Mitsubishi-Triton-Knight-Edition-mekanika (4)

Aspek estetik Triton Knight diserlahkan menerusi penggunaan gril, rim aloi berwarna hitam matte bersaiz 17 inci, sports bar dengan sports lid, bampar belakang yang juga berwarna hitam matte serta extender bampar hadapan dan pelekat Knight yang eksklusif.

Di ruang kabin pula, peningkatan dapat dilihat pada tempat duduk kulit dengan sulaman Knight.

Ditawarkan pada harga RM122,487 seunit, Triton Knight hadir bersama penyelenggaraan percuma selama dua tahun dengan rebat tunai RM2,000 atau kos buruh percuma dan rebat tunai RM4,000.

 Mitsubishi-Triton-Knight-Edition-mekanika (5)

Trak pikap ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.5 liter dengan intercooled Variable Geometry Turbo (VGT) yang menawarkan kuasa dan penjimatan mengagumkan.

Enjin turbodiesel engine dengan sistem common-rail itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 178PS @ 4,000rpm dan tork 400Nm @ 2,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

Antara ciri standard pada Triton Knight ialah lampu utama jenis Xenon HID, lampu nyalaan siang (DRL), butang penghidup enjin, stereng tilt dan teleskopik, paddle shifter, sistem audio dengan skrin sentuh serta banyak lagi.

Mitsubishi-Triton-Knight-Edition-mekanika (1)

MMM kini menawarkan lima varian Triton seperti jadual di bawah:

No Varian Harga OTR (tanpa insurans + GST Warna  
1 Triton VGT Adventure automatic RM 116,053 Hijau, putih, hitam, merah
2 Triton VGT automatik RM104,383 Perak, putih, hitam
3 Triton VGT Manual RM97,949
4 Triton Manual 87,052.44 Perak, putih solid
5 Triton Quest (4×2) 71,294.24

Triton Knight didatangkan dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads
Back to top button