MITSUBISHI TRITON LEPASI UJIAN SUKAR BORNEO SAFARI

SHARE

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bukanlah nama asing untuk Borneo Safari. Ia telah menyertai Borneo Safari tahun lalu dengan jentera Triton generasi kelima. Misi pertama itu mudah, mahu membuktikan kepada mereka yang skeptikal terhadap keupayaan sebenar Triton.

Walaupun berada dalam kondisi asal, Triton mampu bersaing dengan jentera lain yang menerima pengubahsuaian ekstrem. Triton cuma dipasang dengan tiga komponen wajib iaitu snorkel, winch dan satu set tayar Extreme Terrain (XT).

mitsubishi-triton-borneo-safari-26th-mekanika-2

Berbekalkan kejayaan tahun lalu, MMM kembali ke dalam edisi Borneo Safari 2016 dengan empat buah Triton. Ini termasuklah dua unit Triton 2.4 dengan enjin turbo diesel MIVEC yang dilancarkan baru-baru ini.

Triton tersebut dipandu oleh enam rakan media, lima orang pemilik Triton dan diketuai oleh atlet sukan bermotor, Leona Chin. Jentera dan semua peserta berjaya mengharung perjalanan sejauh 400km di dalam hutan tanpa perlu menukar sebarang komponen kenderaan.

mitsubishi-triton-borneo-safari-26th-mekanika-7

Sedangkan banyak kenderaan 4×4 lain (termasuk yang diubah suai) mengalami kerosakan mekanikal.

“Kami sangat berbangga kerana pasukan Mitsubishi Triton berjaya menamatkan perjalanan Borneo Safari untuk tahun kedua. Saya berani katakan bahawa Triton boleh melalui apa jua laluan sukar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

mitsubishi-triton-borneo-safari-26th-mekanika-6

Laluan dan cuaca menawarkan cabaran hebat kepada semua peserta. Ia menyebabkan peserta hanya sempat melalui jarak sejauh 1.7 kilometer dari garis mula selama setengah hari.

“Menerusi radio, kami mendapat tahu bahawa ada kenderaan yang terbalik, tergelincir, rosak dan terpaksa dibaiki. Biarpun licin dan sukar, Triton mampu melepasi cabaran itu tanpa sebarang drama,” kata seorang peserta, Albert John Banico yang memandu Triton Adventure.

mitsubishi-triton-borneo-safari-26th-mekanika-1

Selepas beberapa hari berada di dalam hutan, semua sembilan unit Triton dapat menghadiri majlis penutupan Borneo Safari tanpa mengalami sebarang kerosakan mekanikal.

Tahniah MMM!

(Visited 76 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top