Buletin

MITSUBISHI TRITON VGT AT GL DIPERKENALKAN – RM103,800 SEUNIT

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan varian Mitsubishi Triton VGT AT GL baharu. 

Berasaskan kepada varian Triton VGT AT, model itu disasarkan untuk mereka yang mahukan trak pikap lebih mampu milik bagi kegunaan harian.

Varian itu hadir dengan2-Din Audio, 4WD selector dan kawalan suhu automatik. Dari segi estetik, Triton VGT AT GL didatangkan dengan gril krom berwarna gelap, pemijak sisi dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Berharga RM103,800 ia hadir bersama jaminan paling menarik dalam segmennya. Triton menjadi satu-satunya trak pikap yang menawarkan jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejauh 200,000km (sehingga 2.4L).

Sama seperti semua model Triton sebelum ini, ia didatang sebagai model import sepenuhnya dari hub produksi Mitsubishi Motors di Thailand.

Triton VGT AT GL dijana oleh enjin 2.4-liter MIVEC turbodiesel dengan teknologi VVT dan VGT. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 181PS dan tork 430Nm.

Dari segi keselamatan, trak pikap ini dilengkapi sistem Active Stability & Traction Control (ASTC) yang mengelakkan berlakunya masalah over-steer dan under-steer di atas permukaan jalan yang licin.

Ia juga dipasang dengan sistem Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Active Stability Control, Traction Control, Hill-Start Assist (HSA) dan Trailer Stability Assists (TSA).

Jangan lupa untuk mengunjungi siri jelajah MMM di lokasi berikut:

No Tarikh Negeri Lokasi Masa
1 27 September- 1 October (Rabu – Ahad) Lembah Klang Mid Valley Megamall, Centre Court 10.00am-10.00pm
2 19-24 September

(Selasa – Ahad)

Johor Bahru Aeon Tebrau City, Centre Court 10.00am-10.00pm

 

Google ads
Back to top button