MITSUBISHI XPANDER LAKU KERAS, PRODUKSI DITAMBAH!

SHARE

Mitsubishi XPANDER nampaknya bakal membawa untung besar kepada Mitsubishi Motors apabila ia diterima dengan baik oleh pasaran. 

Susulan itu Mitsubishi bakal menambah lagi jumlah pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan di Indonesia dan negara ASEAN lain.

XPANDER sekarang ini dibina di kilang baharu dan serba canggih Mitsubishi yang terletak di Bekasi, Indonesia. MPV itu mula dieksport ke luar pada April tahun ini.

Mengikut perancangan asal sejumlah 100,000 unit XPANDER dikeluarkan pada tahun fiskal 2018 dan susulan respon hangat yang diterima, Mitsubishi memutuskan bagi meningkatkan lagi jumlah tersebut kepada 120,000 unit.

Jumlah itu dijangka dapat mengurangkan masa menunggu dan menariknya Mitsubishi sedang mengkaji untuk menambah lagi jumlah pengeluaran.

Mitsubsihi Motors Krama Yudha Indonesia (MMKI) telah pun melabur dalam penambahan kemudahan kimpalan dan pemasangan bagi meningkatkan pengeluaran kepada 10,000 unit XPANDER sebulan.

Untuk tahun fiskal 2019 pula, MMKI merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 150,000 unit pula.

Satu angka yang begitu besar untuk sebuah model baharu.

Di Indonesia, sambutan yang diterima sangat menggalakkan di mana sebanyak 80,000 tempahan diterima di antara Ogos 2017 sehingga Jun 2018.

Pada bulan Mac tahun ini, XPANDER berjaya mengalahkan jualan Toyota Avanza dan berada di kedudukan kenderaan nombor satu terlaris di Indonesia. 

XPANDER juga diiktiraf sebagai Kenderaan Tahun 2018 oleh surat khabar OTOMOTIF.

Destinasi eksport pertama EXPANDER ialah Filipina pada April lalu dan beberapa negara ASEAN lagi bakal menerimanya termasuk Malaysia pada tahun ini.

Cakap-cakap industri juga mengatakan Nissan Grand Livina baharu bakal menggunakan Mitsubishi XPANDER sebagai model gantian dan akan diperkenalkan pada tahun 2019.

Apabila ditawarkan di negara kita kelak XPANDER bakal bersaing dengan Proton Ertiga, Perodua Alza, Nissan Grand Livina dan Honda BR-V.

Ada yang dah menyimpan deposit untuk menempah XPANDER?

BACA: SEBELUM KEDATANGAN EVOLUTION, INI JAGUH MITSUBISHI. GALANT VRG TURBO

BACA: MITSUBISHI ECLIPSE – LAGENDA SPORT COUPE YANG MENGHILANG

Share this post

scroll to top