MITSUBISHI XPANDER LAKUKAN DEBUT DUNIA DI GIIAS 2017 – 6 VARIAN, BERMULA RM60,715 SEUNIT

SHARE

Mitsubishi Indonesia semalam melakukan debut dunia model terbaharu yang dikenali sebagai Xpander pada acara Gaikindo Indonesia International Motor Show 2017 (GIIAS 2017).

Xpander ialah versi produksi model konsep XM Concept yang dipertontonkan kepada umum tahun lalu, juga di acara GIIAS 2016.

Jentera gabungan MPV dan SUV itu bakal menjadi pesaing sengit kepada model-model seperti Honda BR-V, Nissan Grand Livina, Suzuki Ertiga dan Toyota Avanza di republik tersebut.

Sedia maklum bahawa sebegini memang sangat diminati di Indonesia. Tampil dengan kapasiti tujuh tempat duduk, model yang diposisikan sebagai entry level itu ditawarkan dalam enam varian.

Varian itu dipecahkan melalui pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatic empat kelajuan serta kelengkapannya. Harga dan varian rasmi Xpander di Indonesia adalah seperti berikut:

  • Xpander Ultimate (AT) Rp245,350,000 (RM78,826)
  • Xpander Sport (AT) Rp237,150,000 (RM76,185)
  • Xpander Exceed (AT) Rp224,950,000 (RM72,250)
  • Xpander Exceed (MT) Rp214,550,000 (RM68,900)
  • Xpander GLS (MT) Rp208,550,000 (RM66,978)
  • Xpander GLX (MT) Rp189,050,000 (RM60,715)

Disifatkan sebaga Next Generation MPV oleh Mitsubishi, Xpander dipacu oleh enjin MIVEC DOHC empat silinder bersesaran 1.5 liter. Berkuasa 105PS dan tork 141Nm, Xpander didakwa dapat mengangkut sehingga tujuh orang penumpang serta bagasi tanpa sebarang masalah.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Osamu Masuko menyatakan bahawa dengan adanya Xpander, pihaknya kini boleh bersaing dalam pasaran MPV yang cukup besar di Indonesia.

Xpander dibangunkan dengan falsafah relaan Dynamic Shield yang turut diaplikasikan ke atas model-model global dan serantau Mitsubishi seperti Outlander, Pajero Sport dan Eclipse Cross.

Ia diserlahkan menerusi rekaan bahagian hadapan yang garang, bersama lampu utama LED, lampu belakang berbentuk ‘L’ LED dan garis-garis badan yang tajam.

Bahagian kabin hadir dengan susun atur tempat duduk 2-3-2. Untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang, Xpander dilengkapi pelbagai ciri seperti sistem pendingin hawa berkembar, multimedia dengan ketersambungan Bluetooth, USB, butang penghidup enjin dan banyak lagi.

BACA: PESAING HONDA BR-V – MPB KOMPAK MITSUBISHI XPANDER DIDEDAHKAN DI INDONESIA

Jentera yang yang hanya hadir dalam pacuan roda hadapan itu dihasilkan di kilang baharu Mitsubishi di Bekasi, Indonesia.

Cuba tengok galeri di bawah. Cantik? Kalau dijual di Malaysia agak-agaknya laku atau tidak?

GALERI

(Visited 2,683 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top