Buletin

MMM PANGGIL SEMULA 35,115 UNIT TRITON  

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memanggil semula 35,115 unit trak pikap Mitsubishi Triton 4×4 yang dikeluarkan dari tahun 2006 hingga 2014.

Mitsubishi-Triton-recall-2016-mekanika (1)

Varian yang terlibat ialah Triton 3.2-liter, 2.5 liter ( automatik dan manual) serta Triton VGT 2.5 liter. Langkah itu dibuat bagi menggantikan inflator beg udara kenderaan terbabit.

Kerosakan itu boleh menyebabkan beg udara mengeluarkan kepingan besi apabila diaktifkan dan berisiko mencederakan pemandu.

PAKEJ MENARIK MITSUBISHI TRITON 2015

Dalam perkembangan berkaitan, MMM turut akan memanggil sejumlah kenderaan Mitsubishi yang dikeluarkan dalam tahun sama kerana masalah suis lampu isyarat membelok. Pembaikan terminal berkaitan perlu bagi mengelakkan masalah pengoksidaan yang lebih serius.

Pengoksidaan pada terminal boleh menyebabkan hampir semua lampu pada kenderaan tidak menyala.

MMM akan menghantar surat kepada pemilik yang terjejas dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh MMM.

mekanika - Lancer GT

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka dengan menaip Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di laman web MMM, www.mitsubishi-motors.com.my

Para pemilik Lancer sedan yang dikilangkan dari September 2004 hingga  April 2006 juga diingatkan supaya membawa kenderaan mereka untuk diperiksa, sebagaimana yang diumumkan dalam kempen awal tahun ini.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di talian:  1-800-18-6611

Google ads
Back to top button